BAB 4

Thriller Completed 1227

Keadaan dalam stor agak kusam hanya disinari cahaya dari lampu mentol yang agak malap. Rafaela yang mengekori Man dari belakang turut masuk ke dalam stor itu. Sebaik sahaja dia melangkah masuk tiba-tiba,

“Baammm!!” pintu stor tertutup dengan kuat.

Mereka berdua segera menoleh ke arah pintu tersebut.

“Macamana pintu ni boleh tertutup pulak!” Man cuba memusing-musingkan tombol pintu.

“Entahlah! tiba-tiba je tertutup,” ujar Rafaela dengan hatinya yang berdebar. Man mengetuk-ngetuk pintu dengan harapan akan ada sesiapa yang datang membantu. Rafaela pula melihat sekeliling cuba mencari apa-apa yang boleh membuka pintu ini. Tiba-tiba dia ternampak telefon di atas meja di hujung bilik.

“Nanti saya cuba telefon penyelia,” Rafaela bergegas ke belakang.

Man pula menggosok kedua-dua lengannya, seolah-olah kesejukan. Matanya meliar memandang sekeliling ruang stor. Sebaik sahaja Rafaela mencapai gagang telefon, lampu di dalam bilik terus terpadam.

“Arrgghhh!!,” Rafaela menjerit ketakutan. Di dalam kepala mula mengimbas kembali segala cerita yang didengari tentang P3.

Jantung Man mula berdegup kencang. Dia teraba-raba dalam kegelapan. Man berundur perlahan-lahan, nyaris dia terjatuh akibat terlanggar mesin pam air. Kedengaran sayup-sayup suara tangisan seorang perempuan dari celah-celah kabinet penyimpanan barang.

“ Man…tolong saya,” suara itu sayu merintih. Man menggigil ketakutan.

Rafaela semakin resah, terasa peluh dingin mulai merenik keluar di dahinya. Ketakutan mulai menguasai diri.

“Man! Man! awak kat mana? Saya takut ni!” suara Rafaela semakin serak, airmata ketakutan mula mengalir. Dia bagai terlihat kelibat melintas laju dihadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience