Rate

5

Family Series 2494

"FAHIM, mana ibu?"

"Ibu busy lah ayah... Dia sibuk pakai lipstick merah merah dekat dalam bilik tu"

"Pelik betul dengan perempuan ni kan ayah.. kenapa diorang ni rumit sangat?" komplien si Fahim.

''Ha Fahim! Ngumpat ibu eh?" tegur Irdina.

"Eh mana ada"

Ziyad memandang Irdina yang berpenampilan berbeza sedikit pada hari ini.

"Ada sesuatu ke yang nak bagitau abang?" tanya Ziyad sebaik sahaja Fahim beredar dari situ.

Irdina memberikan sekeping gambar imbasan imej anak mereka.

"Ya Allah sayang... Betul ke ni?" tanya Ziyad.

Irdina mengangguk tanda ada makna.

"Allhamdulillah syukur... Terima kasih sayang"

RIZAL memberhentikan menyatakan hasrat ingin bertunang dengan Farrah dan menjadikan dia sebagai isteri dalam masa terdekat. Farrah tidak mahu mengambil kesempatan. Dia menceritakan segala galanya kepada Rizal.

Walaupun ada sesetengah pendapat yang menyatakan tak baik sekiranya memberitahu tentang aib sendiri kepada bakal suami. Tetapi bagi Farrah, dia lebih suka berterus terang. Hatinya akan menjadi lebih tenang.

"Macam itulah kisah I Rizal. I ada sejarah silam yang hitam. I dianiaya, I akui I pun silap juga sebenarnya. Mudah sangat percaya janji manis lelaki. Berani keluar berdua duaan. Sebab itu Islam melarang pasangan bukan mahram pergi dating macam I. Selepas dengar cerita I, terpulang pada awak sama ada masih terima I atau tidak. I okay je... Kalau awak terima, I taknak awak ungkit kisah silam I untuk dijadikan alasan ketika kita ada masalah rumah tangga'' kata Farrah.

Rizal tersenyum.

"Kenapa I nak tolak you? I pun ada sejarah hidup I juga. Puas papa I nak seret I kembali ke pangkal jalan. Tapi bila I sedar, I nekad untuk menjadi seorang yang paradigma dan menjadi orang yang lebih baik. Kita takkan jumpa insan yang all perfect Farrah. Why not kita sama-sama ganding bahu untuk complete each other?"

Farrah tersenyum dan mengangguk.

Betul. Yang sempurna sifatnya hanya Allah S.W.T.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience