Rate

2

Family Series 2494

"FAHIM tu anak Farrah dengan Raja Faris. Bukan anak Kak Dina"

Encik Adam, Puan Aida dan Fatima terus berubah air mukanya apabila mendengar pengakuan daripada Farrah. Masing masing terdiam seketika. Ziyad juga tidak terkecuali. Dia tahu Fahim bukan daripada benihya. Tapi tak pernah menduga Fahim tu anak adiknya sendiri.

"Kau jangan melampau. Kalau ya pun nak bela kakak ipar kau, jangan nak bawa cerita merepek sampai nak jijikkan diri sendiri!" tempelak Fatima, selepas sedar daripada terperanjatnya.

"Tima, please..." tegur Ziyad. Mata dan muka semacam memberi amaran.

Puan Aida dan Encik Adam tetap berdiam.

Farrah menarik nafas panjang. Bukan senang dia nak cerita kisah silamnya yang disimpan selama bertahun-tahun itu. Hanya Irdina dan Tokwan sahaja yang tahu cerita tersebut.

"Farrah tak reka cerita. Ini kisah sebenar hidup Farrah. Bertahun-tahun Farrah simpan. Raja Faris yang Fatima sanjung tu sebenarnya lelaki jahat. Playboy. Dari zaman belajar lagi. Dia tipu Farrah. Dia letak ubat khayal dalam air Farrah, lepastu dia perkosa Farrah. Kemudian Farrah mengandung. Kak Dina dan Tokwan yang selamatkan maruah Farrah"

Farrah menarik nafas sedalam dalamnya. Dia perlu menyambung lagi ceritanya itu.

"Kak Dina dan Tokwan letak tepi apa yang mama dan ayah baru buat pada diorang, sebaliknya diorang yang jaga Farrah dengan baik sampai Fahim lahir. Farrah dah jumpa Faris dan bagitahu dia apa yang dah jadi. Tapi mustahil dia nak mengaku kan? Sedangkan masa tu, mama dan ayah tahu peduli pun pasal Farrah. Mama dan ayah tahu kisah pun kenapa Farrah tak balik rumah, tak tanya khabar Farrah. Mama dan ayah asyik fikirkan pasal benci dekat keluarga Pak Cik Adnan. Sibuk nak pisahkan Kak Dina dan Abang Ziyad. Farrah ni macam anak terbuang"

"Fahim tu memang anak tak sah taraf. Tapi dia bukan anak Kak Dina, dia anak Farrah. Cucu mama dan ayah! Kalau mama kutuk dia, bermakna mama dan ayah kutuk keluarga sendiri! Sedangkan Kak Dina tu tahu asal usul Fahim. Mama tak malu ke?!"

Lepas tu, Farrah tak mampu nak bercerita lagi. Dia menekup mukanya menggunkan dua tangannya. Melepaskan tangisan semahu-mahunya. Dia ingat dia dah cukup kuat. Tapi rupa-rupanya tak. Peristiwa hitam tersebut terlalu pahit baginya. Terhinjut hinjut badannya menangis.

Ziyad pergi ke sebelah Farrah dan memeluk bahu adiknya.

"Sorry dik, abang tak tahu. Kalau abang tahu mesti abang tak biarkan adik sendirian. Abang pun pentingkan diri juga. Langsung tak tanya khabar adik. Asyik fikir kecewa dan sedih abang sorang je"

Farrah mengelakkan kepala.

"Nak buat macam mana abang, kita dua pun mangsa pada sikap mama dan ayah. Abang pun dah cukup menderita. Mama dan ayah tahu pernah fikir pasal perasaan kita"

"Tengoklah, sampai sekarang tak habis habis nak kutuk Kak Dina, sedangkan Kak Dina tu yang berkorban segalanya untuk keluarga kita. Dia selamatkan maruah Farrah, maruah mama dan maruah ayah. Kalau Kak Dina hati busuk macam Tima, dah lama dia canang cerita dekat semua orang. Tapi dia tak buat kan? Takde siapa tahu Fahim tu anak Farrah. Abang pun tak tahu" rintih Farrah.

Ziyad menangguk setuju "Memang pun abang tak tahu sampai sekarang. Kak Dina tak pernah bagitahu apa-apa. Tokwan pula, sampai nafas terakhir tak pernah buka aib Farrah"

"Itulah yang Farrah tak tahan. Bila mama kata Kak Dina macam-macam. Dia orang yang baik. Keluarga kita ni ke melampau"

Puan Aida dan Encik Adam menundukkan wajahnya. Lidah masing-masing menjadi kelu. Fahim tu anak Farrah? Macam mana mereka berdua tak pernah tahu? Macam mana boleh terlepas pandang? Berbagai soalan di fikirannya.

Puan Aida memegang kepalanya. Terasa denyutan di kepalanya. Tiba-tiba dikejutkan dengan cerita ini. Antara nak percaya atau tidak. Tak percaya pun boleh. Bukti dah ada depan mata. Lagi pun, rupa Fahim ni sebiji macam keturunannya. Takkanlah Farrah nak reka cerita.

"Ya allah abang, apa dah jadi dengan anak-anak kita?" rungut Puan Aida pada suaminya. Encik Adam hanya memandang isterinya dengan pandangan kosong.

Prang!

Tiba-tiba sebiji pinggan dihempas kuat. Bertaburan kacau di atas lantai. Tiga pasang mata tertumpu pada Fatima.

"Bohong! Aku tak percaya semua cerita kau ni Farrah. Faris tak macam tu! Kau saja buat fitnah" jerit Fatima. Terketar-ketar suara Fatima sebab terlalu marah. Tak mudah untuk percaya tuduhan Farrah terhadap Raja Faris.

"Terpulang pada kau lah Fatima. Nak percaya ke tak. Aku cuma cerita benda yang betul. Yang pernah jadi pada diri aku!"

"Kau dengki aku kawan dengan Faris kan! Sebab tu kau reka cerita"

"Aku ni masih waras lah. Tak ada maknanya nak buat benda bodoh macam ni" balas Fatima balik.

"Mama ayah kenapa diam? Takkan mama dan ayah pun percaya cerita budak gedik tu. Faris tak macam tu pun. Dia baik"

"Kalau dia baik.. Pergilah tanya dia sendiri. Dia nak mengaku atau tidak!"

"Memang pun. Aku nak cari Faris sekarang!"

Fatima terus meluru ke bilik mencari kunci keretanya.

"Tima nak ke mana? Abang tolong drive kereta" Ziyad menawarkan dirinya.

"Rumah mak bapak Raja Faris la!" jerkah Fatima dengan mata besar.

KERETA yang dipandu Ziyad sampai di hadapan rumah keluarga Raja Faris. Pintu pagar sudah terbuka luas. Macam tahu tahu saja mereka ingin datang. Namun suasana pelik berlaku di hadapan rumah banglo sederhana itu.

Selain daripada kereta mewah, terdapat juga kereta polis di situ. Fatima keluar dulu dari kereta. Begitu juga dengan Puan Aida dan Encik Adam. Ziyad mengekori dari belakang.

Sebentar kemudian, mereka lihat anggota polis mengringi Raja Faris yang sudah digari tangan. Ziyad dan kedua dua ibu bapanya berpandangan sesama sendiri.

Kereta polis yang membawa Raja Faris berlalu pergi. Pintu rumah juga tertutup rapat. Tak peduli pada tetamu yang berada di luar. Ziyad menarik tangan Fatima untuk balik semula ke kereta. Encik Adam dan Puan Aida pun masuk ke kereta tanpa memberi sebarang komen.

Sebelum menutup masuk ke tempat pemandu, seorang jiran yang kebetulan berada di situ mendekati mereka.

"Kena tangkap sebab kes pecah amanah kat syarikat tempat kerja dia" beritahu jiran tersebut.

"Oouh" balas Ziyad.

"Rasanya kes dia ni berat, ada juga orang yang buka kes dia anaiya anak perempuan orang" kata jiran itu lagi.

Ziyad angguk "Terima kasih" ucapnya sekadar berbudi bahasa.

"Arghhh"

Fatima menjerit sekuatnya sebaik kereta mula bergerak.

"Bodohnya aku! Kenapa bodoh sangat sampai bagi semua pada jantan keparat tu" Fatima memukul dirinya sendiri.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh!"

"Fatima, sabar dik" tegur Ziyad.

Di kerusi penumpang belakang, Puan Aida turut menangis hiba. Semakin lama, semakin kuat dalamnya. Encik Adam pula diam membisu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience