"SAYANG, nak peluk boleh?" tanya Ziyad dengan suara yang menggoda. Sengaja dirapatkan tubuhnya ke isteri yang tengah membaca novel.
Irdina menutup novel yang dibacanya. Mukanya mula berkerut.
"Err apasal minta izin pula... Biasanya abang redah je" komplien Irdina.
Ziyad tersenyum "Saja... Abang terharu sikit malam ni"
Irdina memeluk suaminya "Kenapa pula? Dina ada buat salah ke?"
Dia mengagak mungkin kes Fahim. Irdina pernah buat pengakuan yabgctak Fahim tu bukan anak Ziyad, tapi dia tak pernah bagitahu Fahim tu anak Farrah sehingga rahsia itu diberitahu oleh Farrah sendiri.
Irdina nak buat macam mana, itu adalah janjinya bersama dengan arwah Tokwan dahulu. Janji tu telah dibuat sebelum dia bernikah semula dengan Ziyad. Mana boleh nak mungkir janji. Bukan niat dia nak ketepikan Ziyad.
"Abang tak marah Dina, cuma tertanya-tanya je. Kenapa Dina buat semua ni? Sedangkan keluarga abang layan Dina teruk sangat-sangat. Berbaloi ke?"
Irdina menatap mata suaminya. Dia mengangguk.
"Memang berbaloi, sebab Dina dapat abang semula!"
"Abang tak sangka Fahim tu darah daging abang juga. Patutlah rasa dekat sangat dengan dia, sampai bapa dia pun abang tak kisah"
"Terima kasih abang sebab sangat memahami perasaan Dina dan tak pernah tanya siapa bapa Fahim. Itu janji Dina pada Farrah. Bukan niat Dina nak belakangkan abang. Dina nak minta maaf sebab benda ni"
"It's okay sayang... Dulu pun abang pernah tanya Tokwan, tapi dia tak pernah cakap apa-apa"
"Yalah... Ni semua sebab Tokwan yang bagi tunjuk ajar dekat Dina. Kita jaga aib orang, insyaallah Allah akan tutup semua aib kita"
"Farrah tu budak baik, takkan Dina nak biarkan dia macam tu je... Mesti ada sebab Allah temukan dia dengan Dina masatu"
"Dina tak ada rasa berdendam ke dengan abang? Dekat mama ataupun ayah?" soal Ziyad.
"Ada... Mana mungkin tiada, Dina pun manusia biasa juga. Tapi bila Dina buat baik dengan Farrah dan Fahim, Dina rasa semua perasaan tu hilang. Hidup Dina lebih bahagia. Dina juga ada belajar satu perkara, kalau kita Arda marah atau berdendam dengan seseorang... Lebih baik kita buang perasaan tu dengan melakukan kebaikan pada dia. Insyaallah, diri kita sendiri akan rasa kebaikannya"
Ziyad mencium tangan Iridna.
"Sebab tu kasih sayang abang pada Dina tak pernah pudar... Hati Dina sangat baik. Dina anugerah yang terbaik untuk abnag"
Irdina tergelak "Mulut manis semedang!"
Ziyad turut tergelak "Lama abang tak dengar ayat tu"
Dulu dia tak faham pun maksud 'semedang' tu. Bila Irdina selalu guna barulah dia faham. Maksudnya sentiasa.
"Errr, dah terlanjur bercerita pasal asal usul Fahim, Dina nak bagitahu satu rahsia lagi"
"Banyak betul rahsia sayang"
"Yang ni last! Lepasni takdak dah" Irdina mengangkat sebelah tangannya. Janji.
"Hurmm, apa dia?" tanya Ziyad.
"Fahim tu anak susuan Dina"
"Abang tahu..."
"Tokwan bagitahu?" soal Iridna pula .
Ziyad menangguk "Terima kasih banyak-banyak Dina. Segala pengorbanan Dina tak terbalas pada abang sekeluarga"
"Dina ikhlas, sebab bila Dina buat semua tu.. Dina rasa bahagia"
Dahi Ziyad dikucup perlahan.
Dua bulan kemudian....
IRDINA mencium tangan Puan Aida. Kemudian matanya dialihkan kepada bapa mertuanya yang sudah kaku tak boleh nak buat apa-apa. Kini Encik Adam telah diserang strok menyebabkan dia dimasukkan ke hospital.
"Ziyad datang tak petang ni?" soal Puan Aida dengan nada lembut kepada Irdina.
"Tak mama, Ziyad ada hal penting. Dia kirim salam dekat mama"
"Susahkan Dina je, hari hari datang jenguk mama dan ayah dekat sini"
"Jangan cakap macam tu... Ini kan tanggungjawab Dina. Kalau Dina tak tolong, siapa lagi yang nak tolong?"
"Mama malu sebenarnya dengan Dina, banyak sangat dosa yang mama dah buat. Dina tak pernah marah mama, malahan Dina balas semua ni dengan kebaikan" ujar Puan Aida dengan nada lembut.
"Mama pun ada buat kebaikan juga"
Puan Aida memandang Irdina. Berkerut dahinya.
"Pernah ke mama buat baik?"
Irdina mengangguk "Mama kan pernah bertarung nyawa lahirkan Ziyad untuk Dina. Tanpa mama, Dina takkan dapat suami sebaik Ziyad tu"
Puan Aida memandang menantunya. Satu senyuman diukirkan di bibirnya. Patutlah Ziyad sangat mencintai Irdina. Anak dia nampak segala kebaikan yang ada pada gadis ini.
----------------------------------------------------------------------
p/s story ini akan di update seminggu 2 kali sahaja. Thank you semua support Kayla. Don't forget to follow my instagram account @kaylairdina_np
Love you all...
Share this novel