Rate

3

Family Series 2547

MATANYA ralit memerhati gelagat Fahim. Begitu asyik si anak makan ayam goreng kegemarannya. Dah lama dia tak dapat makan kerana dikawal Ziyad.

Melihat Fahim yang suci itu, hatinya tiba-tiba berasa hiba. Dari mana asal usulnya, cara anak ini dilahirkan.. Tetapi dia tetap seperti anak-anak yang lain. Fahim datang dalam hidupnya bawa sinar dan harapan baru. Masa tu dia lemah sangat. Masih segar dalam ingatannya saat Tuhan pertemukan dia dan Farrah.

Enam tahun yang lalu,

"Ya allah.. Sini rupanya! Pi mana tu, tak mau nak habaq ke Tokwan. Suka sangat lah buat Tokwan susah hati!" jerit Tokwan pada Irdina dari jauh. Merata-rata Tokwan mencari cucunya. Sebab nak buat Irdina gembira, dia bawa cucunya bercuti ke Melaka. Boleh dia ubah angin dan mempercepatkan proses melupakan suaminya itu.

"Tu duduk situ buat apa?"

Risaunya Tokwan terhadap Irdina apabila melihat dia sedang duduk di batu besar itu. Takut cucunya itu ada niat nak bunuh diri. Dah beberapa kali Irdina menyebut, kalau tak ada Ziyad lebih baik dia mati. Bawahnya air laut yang sesekali ombaknya mengganas besar. Tergesa-gesa Tokwan memanjat batu tersebut untuk mendekati Irdina. Takut sangat kalau Irdina hilang kewarasan lalu terjun ke dalam laut. Cucunya itu bukannya pandai berenang.

"Jangan buat yang bukan-bukan. Ingat Allah..." Tokwan memeluk Irdina dari belakang.

"Tokwan ni, cheq masih ada iman. Sedih macam mana pun, cheq takkan bunuh diri" jawab Irdina.

"Habis tu dah nak maghrib macam ni menghilang lagi. Mau Tokwan tak risau. Jom balik!"

Tokwan menarik tangan Irdina turun dari batu. Baru beberapa tapak melangkah, dua pasang telinga Tokwan dan Irdina terdengar satu jeritan dari laut. Melilau mata diorang mencari. Ngeri pun ada. Tengah senja macam ni ada suara pelik.

"Tokwan... Sana tu!"

Irdina tunjuk Tokwan objek yang dia lihat. Seseorang sedang meranduk air menuju ke air dalam. Macam nak bunuh diri pun ada. Tokwan segera tanggalkan selipar yang dipakainya dan masuk ke dalam laut.

Tokwan berjaya tarik gadis itu ke darat. Badannya sudah tidak bermaya.

"Ya allah Tokwan... Adik Ziyad ni!" Irdina melihat gadis tersebut. Kenal sangat. Sah! Memang adik Ziyad.

"KENAPA nak buat benda terkutuk tu Farrah? Nak buat apa mati sia sia?" tanya Irdina.

"Farrah dah takde jalan lain... Farrah mengandung... Kena tipu. Farrah tak tahu nak buat apa. Farrah taknak mama dan ayah malu" tersedu-sedu Farrah menjawab.

"Sabar ye Farrah. Mungkin ini sebahagian daripada takdir hidup Farrah. Tapi ingat, jangan buat macam tadi. Allah tak suka. Susah macam mana pun, Farrah kena teruskan kehidupan Farrah" Irdina memeluk tubuh Farrah.

Tokwan sekadar memerhati dari jauh. Dia tidak tahu masuk campur. Walaupun dalam hati mencebik juga cucu sendiri. Pandai nasihat orang, diri sendiri pun kucar-kacir.

"Macam mana Farrah nak hadapi hidup ni? Perut Farrah ni nak sorok mana? Baby nanti nak campak mana? Nama awak dia siapa? Farrah taknak tanggung. Lelaki jahat tu tak nak mengaku ni anak dia" Farrah meraung sekuatnya.

"Dah lah Farrah. Kan ada akak, Tokwan. Kitorang semua boleh jaga Farrah. Farrah jangan risau ye. Akak akan jaga Farrah. Boleh kan Tokwan?" mata Irdina memandang Tokwan.

Tokwan mengangguk tanda setuju.

"Kenapa akak baik? Patutnya, akak biarkan je Farrah mati lemas dekat situ. Biar padan muka mama dan ayah sebab diorang kejam sangat dekat akak" Farrah bertanya.

"Jangan ungkit benda tu. Biarlah... Dia tak ada kena mengena pun dengan Farrah"

"Tapi mama dan ayah pentingkan diri diorang je, perasaan diorang je. Diorang terlalu sibuk nak pisahkan abang dengan akak. Takde siapa nak peduli pasal Farrah"

"Dah... Akak kan ada, Farrah boleh bergantung dengan akak dan Tokwan"

"Betui kata kak hang tu, Tokwan pun boleh jaga hang" Tokwan menyampuk. Dari tadi dia diam sahaja.

Farrah menghambur tangisannya lagi. Sungguh dia tidak percaya Kak Dina dan Tokwan begitu baik.

Tokwan buat keputusan untuk bawa balik Farrah ke rumah mereka. Irdina sangat setuju dengan cadangan tersebut.

Sejak Farrah tinggal dengan mereka, penyakit murung Irdina beransur hilang. Dia terlalu sibuk melayan Farrah sehinggakan tiada masa untuk bermurung. Itu yang membuatkan Tokwan bersyukur sangat sangat. Cucu dia dah semakin sembuh. Bila Fahim dah lahir, Irdina lagi sibuk. Dia lah yang menguruskan segalanya.

Kemudian Tokwan balik Perlis sekejap. Daftarkan nama Fahim. Semuanya menggunkan dokumen Irdina. Di sana Tokwan ada banyak kabel. Irdina tak tahu banyak tanya, Farrah lagi tak kisah.

"Tokwan tau tak boleh buat macam ni. Fahim tak boleh guna nama Ziyad kalau ikut hukum. Tapi bila Tokwan fikir pasal aib Farrah dan keluarga Farrah. Biar kita bertiga saja yang tahu. Orang lain tak perlu tahu. Tapi seandainya, suatu hari nanti, Farrah nak berterus terang dengan keluarga... Tokwan dan Kak Dina tak kisah. Tapi bagi pihak kami, kami takkan buka mulut pada sesiapa. Kalau Farrah nak teruskan hidup dengan baby ni, biar Tokwan dengan Kak Dina yang jaga" cadangan Tokwan kepada Farrah. Tiada paksaan. Semuanya terpulang pada Farrah untuk membuat keputusan. Fahim tu hak Farrah.

Farrah menangguk. Dia setuju sangat. Bergenang air matanya. Masih ada lagi insan yang baik di dalam dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience