TIGA BULAN KEMUDIAN ...
PUAN Aida dan Encik Adam tetap dingin terhadap Irdina dan Fahim. Tapi Irdina dan Ziyad belum putus asa lagi. Setiap minggu, memang sudah ada jadual tetap, sekurang kurangnya sekali mesti balik ke Kedah. Kadang kadang sekejap, sekadar minum petang, kadang kadang tidur satu malam.
Ibu bapa tu syurga pertama anak anak, terutamanya bagi anak lelaki. Itu lah yang selalu diulang Irdina pada suaminya. Yelah kan... Adakala Ziyad tu terkilan juga, setiap kali balik mesti isteri kesayangannya dapat sindiran. Tak banyak, sikit pasti ada. Irdina buat kerja hati selamba badak aje tapi Ziyad pula yang terasa.
Minggu ni Irdina siap main masak masak. Macam macam makanan lagi untuk makan tengah hari kat dapur menantunya. Tak ada sesiapa yang nak tolong. Farrah bawa Faris keluar. Nak beli pizza katanya. Jika tak, dia memang yang rajin melayan si kakak ipar. Nak harapkan Fatima, memang tak la. Tiap tiap hari sibuk menggesel telefon dekat ruang tamu. Ibu mentua pula sibuk memerap dalam bilik. Akhirnya cik abang juga yang menolong cik isteri. Mana mahunya biarkan isteri dia penat sorang sorang.
Siap sahaja makanan dihidangkan di atas meja, semua duduk di kerusi untuk makan. Tanpa perlu diajak atau dipanggil. Tahu tahu saja masing masing makanan sudah siap. Ikutkan memang sakit hati tengok, tapi Irdina relax je. Benda macam ni takde perlu dibesar besarkan. Salah satu tanggungjawab adalah berbakti kepada ibu bapa mentuanya.
Fatima dengan muka tak malunya terus makan mendahului orang lain. Di atas pinggan penuh lauk-pauk. Tak panggung kepala dah melantak.
"Sedap sangat ke, Tima?!" sergah Puan Aida, dengan nada tinggi. Buat semua mata tertumpu pada Fatima.
"Hurmm... Boleh lah, daripada tak ada. Telan ajelah sedap ke tak sedap" jawab Fatima selamba. Kalau tak sakitkan hati kak ipar setiap kali dia balik, tak puas. Sambil tu mata dia kerling abang dan kakak iparnya. Bersahaja aje dia orang, macam tak terkesan apa-apa.
"Fatima pun kenalah belajar-belajar masak juga dari sekarang. Nanti lepas kahwin, takde lah kena kutuk masak tak sedap dengan family mentua" bidas Ziyad balik, tapi dengan bahasa yang cukup sopan. Niat dia cuma nak nasihatkan si adik.
Fatima mencebikkan bibir.
"Rumah dia nanti ada bibik kot. Dah kahwin anak Dato' takkanlah Tima susah payah nak buat kerja dapur" Puan Aida menyebelahi Fatima. Selitkan sikit sindiran untuk menantunya.
''Hah ... Bila emak bapak si Raja tu nak datang Tima? Jadi ke tak?" tanya Encik Adam tiba-tiba. Tadi dia diam aje menikmati makanan yang dimasakkan menantu. Tapi soalan nih dah lama dia nak tanya dengan anak dara seorang ni. Dah lama Raja tu datang jumpa dia, tapi keluarga dia tak muncul-muncul.
Fatima terus membuat muka masam.
"Jadi ayah... cuma.. " Dia berhenti bercakap Matanya kerling si kakak ipar.
"Hah? Alasan apa lagi! Berapa lama lagi nak tangguh" komplien Puan Aida.
"Bukan komplien lah mama, Raja tu bengang sebab Dina masih kerja dekat situ lagi"
Ziyad mendongak muka pandang Fatima.
"Apa kena mengena dengan Kak Dina pula? Kau orang yang nak kahwin kan?"
Berkerut dahi Ziyad. Sedangkan Irdina masih muka bersahaja.
"Dia malu biras kerja satu office, sebab tu tak masuk minang lagi !" pedas jawapan Fatima.
Tak logik langsung. Itu alasan orang lelaki yang tak nak kahwin. Ziyad berpandangan dengan Irdina.
"Betul juga. Nak buat apa kerja lagi dengan Rahmat tu. Macam gaji Ziyad tak cukup nak bagi makan ke anak bini" bebel Encik Adam pada anak menantu. Fatima tersenyum sendirian kerana alasannnya mendapat sokongan.
"Memang Dina nak berhenti kerja pun ayah. Sebulan dua lagi. Tapi sebab dia nak spend lebih banyak masa untuk rumah tangga, bukan sebab Raja kerja dekat situ. Tak masuk akal pula biras tak boleh kerja satu syarikat"
Tak namanya Ziyad la kalau tak membela Irdina. Puan Aida memberi jelingan tajam kepada anak lelakinya itu.
"Berhenti kerja buat apa? Nak mengikis duit kamu ajelah Ziyad? Kalau kena cerai lagi sekali, macam mana nak sara diri dengan anak tak sah taraf tu? Tak lain tak bukan nak menyusahkan anak aku sepanjang hidup" tempelak Puan Aida dengan nada marah.
Tersentak Ziyad dan Irdina. Terhenti menyuap kedua duanya. Ziyad memandang wajah Irdina yang tiba-tiba bertukar murung. Ketika itu, Fahim dan Farrah muncul di situ. Fahim yang tak faham apa-apa, terus meminta makanan sebab lapar. Tanpa berlengah, Irdina terus bangun untuk bawa Fahim mencuci tangan di singki.
"Mama!" Farrah menjerit kerana dia sempat mendengar apa yang dikatakan mamanya.
"Sampai hati mama kata Fahim dan Kak Dina macam tu!" marah Farrah lantang.
"Eh, yang kau sibuk nak sokong dia kenapa? Berapa dia bayar gaji kau sebulan?" tempelak Puan Aida semula.
"Mama, tolonglah jangan keterlaluan sangat. Irdina dan Fahim tu anak isteri saya. Menantu mama juga. Kalau macam ni cara mama, saya tak dapat terima. Selama ni, kami berusaha dan bersabar untuk membaiki hubungan, tapi mana masih tak berubah. Sampai bila mama nak hidup macam ni?"
Wajah Ziyad kelihatan sangat kesal. Dia sudah bangun dari situ. Hendak membawa anak bininya pergi dengan segera. Namun baru beberapa tapak melangkah, tangannya ditarik kuat oleh Farrah.
"Abang jangan nak ke mana-mana! Dengar Farrah nak cakap dulu"
"Farrah please... jangan nak kecohkan lagi keadaan" pujuknya Ziyad.
"Tak! Abang belum tahu apa yang Farrah tahu. Satu keluarga kita tak tahu pasal Kau Dina dan Fahim. Hanya Farrah je yang tahu. Hari ni Farrah nak buat pengakuan. Farrah dah taknak simpan segalanya seorang diri. Biar mama dan ayah tahu tentang kesilapan diorang"
"Farrah, bawa bersabar" Irdina yang datang semula ke meja makan bersama Fahim cuba menegur.
"Tak, kak. Farrah dah tak boleh bersabar dah! Sampai bila kakak nak kena macam ni? Mama dan Fatima dah melampau. Sampai kaitkan status Fahim. Farrah dah tak boleh tahan kak. Lagi pun lelaki tu jahat! Biar Fatima tahu. Takkan kita nak biarkan je?"
"Hey Farrah, jaga sikit mulut kau tu! Lelaki mana maksud kau? Raja?" jerit Fatima pula.
"Yelah, lelaki mana lagi? Jantan yang kau sibuk tergila gilakan tu lah! Tapi sikit pun dia tak inginkan kau"
Pang!
Satu tamparan kena di muka Farrah. Habuan daripada Puan Aida. "Amik kau! Lain kali tak payah nak jadi srikandi sangat" marah Puan Aida .
Farrah memegang pipinya yang pedih.
"Tak mama! Bukan sekadar nak bela Kak Dina, tapi nak cerita sebab nasib malang yang telah berlaku dekat Farrah. Ini semua disebabkan mama dan ayah yang terlalu sibuk untuk bermusuh, berdendam dan nak pisahkan Kak Dina dan Abang Ziyad. Farrah yang jadi mangsa kelalaian mama dan ayah!"
"Kau merepek apa ni Farrah?" jerkah Encik Adam pula.
"Mama... ayah... Kita dengar dulu apa yang Farrah nak cakap. Tolonglah jangan marah-marah"
Farrah memandang Irdina. "Kakak, tolong bawa Fahim pergi dari sini. Biar Farrah selesaikan dengan keluarga Farrah! Please Kak Dina, jangan kasi Fahim dengar. Fahim tak pernah salah apa-apa"
Irdina pandang wajah Ziyad. Suaminya menangguk memberi isyarat tanda mengizinkan. Ziyad sendiri rasa suspen dengan apa yang hendak dikatakan oleh Farrah.
Irdina menyentuh bahu Farrah "Farrah, bawa bertenang okay. Bincang baik-baik. Jangan berkata sesuatu yang mengikut emosi dan perasaan marah. Kalau Farrah nak bagitau rahsia ni, tu semua hak Farrah"
Farrah hanya mengangguk. Irdina memeluk adik iparnya seketika. Nak beri semangat dan kekuatan. Jika tak kerana Fahim berada di situ, dia boleh menemani Farrah pada saat-saat genting ini. Tetapi jiwa dan emosi Fahim lebih penting untuk diutamakan.
"Jangan pergi lama-lama tau sayang, nanti call abang" pesan Ziyad setelah Irdina menyalami tangan suaminya.
"Jom Fahim, kita keluar. Ibu nak belanja Fahim makan ayam gunting" tangan Fahim diheret keluar dari situ.
"Mengada betul. Nak berambus tu berambus je lah, ini tak. Sibuk nak tunjuk baik depan semua orang. Farrah boleh lah kau hasut... Aku memang tak la" bebel Puan Aida dengan muka yang meluat.
"Drama saja tu mama!" sampuk Fatima.
Telinga Irdina masih dapat menangkap segala kata-kata kesat tersebut. Walaupun dirinya agak jauh dari mereka, dipujuk hati supaya bersabar.
Share this novel