BAB 6

Romance Completed 9688

“Wan Hazril…,”

“Wan Hazril…,”

“Wan Hazril…,”

Perlahan Wan membuka matanya.

“Aku kat mana ni?”

“Awak di hospital. Awak pengsan tadi. Awak kemalangan,”

“Kemalangan?” Wan langsung tidak ingat apa-apa.

“Ya, awak kemalangan. Tangan kiri awak patah,”

“Hah?” masa ini baru Wan ingin mengangkat tangan kirinya. Namun hampa. Dia tidak terasa apa-apa.

“Kawan saya macam mana?”

“Kawan awak yang pandu kereta tu?”

Wan mengangguk.

“Dia di dalam bilik X-Ray. Belum tahu lagi cedera di bahagian mana. Nak saya panggilkan isteri awak?”

Isteri? Baru dia teringatkan Aida yang menantinya di rumah.

“Saya nak telefon isteri saya. Mana telefon saya?”

“Ada dengan isteri awak. Saya dah serahkan semua barang awak dengan dia. Dia dah tunggu dari siang tadi lagi,”

“Siang? Sekarang pukul berapa?”

“Sebelas malam,”

Allahuakbar… Wan mengucap takbir di dalam hati. Aku terlepas Asar dan Maghrib.

“Saya panggilkan isteri awak ye,”

“Terima kasih doktor,”

Doktor lelaki tadi tersenyum dan mengangguk lalu dia meninggalkan Wan di pembaringan. Wan cuba mengingati apa yang berlaku sebenarnya.

Kereta….

Hafiz….

Lori….

“Abang!”

Wan menoleh. Dilihat wajah Aida yang sudah sembab kerana banyak menangis. Aida menerpa ke arahnya.

“Alhamdulilah, abang tak apa-apa,”

“Tapi tangan abang patah, sayang,”

“Tapi abang masih hidup, kan?”

Wan tersentak. Dia lupa akan hakikat itu.

“Abang, Aida bersyukur sangat. Allah masih mahu beri peluang untuk abang menjadi suami, bapa dan imam yang terbaik buat kami,” tulus Aida berkata sambil tersenyum. Dia mengusap perlahan perutnya.

Wan mengeluh. Menarik perhatian Aida.

“Kenapa, bang?”

“Abang tak mampu nak penuhi permintaan Aida tu,”

Aida senyum kelat. “Abang jangan fikir lagi. Abang kena banyakkan rehat. Aida balik dulu ye. Kat wad kecemasan ni tak boleh tunggu lama-lama. Esok Aida datang,”

“Duit yang kita simpan tu, mesti terguna untuk kos perubatan abang pulak…,”

“Abang, jangan fikir sangat. Abang rehat ye. Aida balik dulu. Assalamualaikum,” Aida menggapai tangan kasar Wan lalu didiumnya. Ubun-ubun lelaki itu pula dicium, seperti yang selalu lelaki itu lakukan padanya. Kemudian dia cepat berlalu. Setitik air mata tumpah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience