BAB 2

Romance Completed 9688

“Apa yang Aida cakap tu, betul juga, Wan. Nisa tu, masa bersalin anak sulung dia tu, doktor dia tu lelaki. Asyik mengadu dengan mak, segan katanya. Masa nak bersalin pun, doktor lelaki pulak yang nyaris sambut anak dia tu. Nasib baik ada nurse yang teman. Dia yang sambut anak tu,”

“Tapi kosnya mahal, mak. Wan takut Wan tak mampu…,”

“Wan mampu. Insya Allah. Bila kita buat sesuatu tu kerana Allah, Dia akan bantu kita,”

Wan tidak menjawab di hujung talian.

“Aida cakap macam tu ada sebabnya, Wan. Dia nak jaga aurat dia. Dia nak jaga maruah Wan sebagai suami. Dan sebab itu, Wan kena buat apa yang patut,”

Wan tersentak. Dia seakan tersedar hakikat itu.

“Tak apa la, mak. Wan akan usaha setakat mana yang mampu,”

“Kalau nak mak tolong, mak boleh tolong, Wan. Walaupun Wan cuma menantu mak, mak dah anggap Wan macam anak sendiri,”

“Kasi Wan usaha dulu ye,” Wan seboleh mungkin tidak mahu ibu mertuanya itu membantunya. Bukan apa, dia segan memandangkan ibu mertuanya itu bukannya mewah sangat pun.

“Baiklah kalau macam tu. Mak nak masuk tidur dulu. Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam,” Talian ditamatkan.

“Eh, dah pukul tiga pagi. Solat tahajud dulu la,”

Ubun-ubun Aida yang sedang tidur diusap perlahan sebelum dia bangkit dari pembaringannya. Wuduk diambil dan dia mula mendirikan solat tahajud. Diikuti solat witir. Usai solat witir, dia menadah tangan membaca doa.

“Yaa Allah Yaa Rahman, ku panjatkan syukur padaMu kerna Kau telah memberikan aku kesempatan untuk aku hidup bersama isteri dan Kau kurniakan pula anak yang insya Allah akan kami didik menjadi seorang yang taat padaMu. Bantulah aku Yaa Allah, bantulah aku untuk menjadi suami, bapa dan imam yang terbaik untuk isteri dan anakku. Aku memohon padaMu, Yaa Allah….,”

Setitik air mata keluar dari mata Aida yang tertutup rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience