BAB 7

Romance Completed 9688

“Baik-baik jalan, abang,”

“Aida sayang, abang bukan patah kaki, abang patah tangan je,”

“Iye, tapi kalau abang jatuh, tangan tu jadi lagi teruk,” nasihat Aida. Wan tersenyum.

“Abang duduk kat sofa ni,” Wan hanya mengikut sahaja arahan isterinya.

“Abang nak minum? Aida buatkan,”

Tanpa menunggu jawapan daripada Wan, Aida terus menonong ke dapur. Wan menggeleng sambil tersenyum.

“Aida, puasa bila, sayang?”

“Dua minggu lagi, bang,”

“Abang boleh puasa tak?” Wan bersuara nakal.

“Boleh… abang patah tangan je, bukan sakit perut pun,” Aida memulangkan paku buah keras. Wan tersengih. Sejurus, Aida muncul dari dapur menatang dua gelas air. Satu untuknya dan satu lagi untuk Wan.

Ketika Aida meletakkan gelas di atas meja, Wan perasan sesuatu.

“Aida, mana gelang tangan?”

Gerak tangan Aida terhenti. Lambat-lambat dia memandang tangan kanannya. Kemudian dia memandang suaminya takut-takut.

“Aida… Aida… Aida gadaikan…,”

“Hah?” terus tegak Wan berdiri apabila mendengar kata-kata Aida.

“Kenapa gadaikan?”

“Sebab…. Nak bayar bil hospital abang…,”

“Aida…,” Wan merapati Aida yang kelihatan takut-takut.

“Kan itu gelang kahwin kita. Aida tak sayang ke gelang tu?”

“Sayang memang sayang, tapi….,” Aida pandang wajah Wan tidak berkelip. “Aida lebih sayangkan abang. Gelang macam tu, bila-bila pun boleh beli. Tak payah beli pun takpe. Tapi abang…!”

Aida tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila Wan memeluknya erat.

“Abang sayangkan Aida sangat-sangat…,” bisik Wan di telinga Aida. Air mata jantan mulai tumpah di pipinya. Aida senyum. Dia membalas pelukan suaminya erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience