BAB 3

Romance Completed 9688

Hafiz menongkat dagu. Wan menyandar perlahan di kerusinya.

“Kau nak buat apa sekarang?” Tanya Hafiz.

“Entah. Aku pun buntu. Duit simpanan aku ada sikit, tapi tak cukup untuk tampung belanja hospital swasta tu,”

“Eh, kenapa nak ke hospital swasta? Hospital kerajaan kan ada doktor perempuan?”

“Ada tu memang ada, tapi doktor lelaki pun ada. Kalau kat hospital kerajaan, kita tak boleh pilih doktor. Dan Aida nak doktor muslimah,” jelas Wan.

“Banyak bunyi la bini kau, Wan,” Hafiz merungut.

“Banyak bunyi pun, isteri aku. Anak dalam kandungan dia tu, anak aku. Sebagai suami, aku kena penuhi permintaan dia. Nanti-nanti, tak la menyesal kalau ada apa-apa jadi. Dia tak mengidam yang bukan-bukan pun dah cukup bersyukur dah,” balas Wan panjang lebar.

Hafiz menggeleng perlahan sambil tersenyum. “Kau ni, memang layak jadi suami mithali la,”

“Tak la. Ramai yang dah buat macam tu,” Wan merendah diri.

“So sekarang ni kau nak buat apa? Buat kerja part time?”

“Kerja part time? Boleh jugak! Tapi tak terganggu ke kerja aku?”

“Kawan aku kerja part time jadi jaga, Wan. Dia kerja hujung minggu je. Tak ganggu pun kerja dia. Kebetulan, dia tengah cari orang baru. Nanti aku cuba tanya dia untuk kau. Mahu?”

“Okey jugak tu!” Yaa Allah, terima kasih atas rezeki yang kau kurniakan melalui Hafiz pada kami sekeluarga, doa Wan dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience