BAB 5

Other Completed 1749

“Orang ceritakan." Mereka kemudiannya sama-sama diam, tak bersuara.

“Fad..."

“Ya?"

“Kita dah terperangkap dalam lif ni dua jam, dua belas minit dan dua puluh dua saat." Fad terpana memandang Aden. Aden duduk memeluk lutut dan tersenyum. Fad terus mengalihkan pandangannya pada jam di tangan. Jantungnya berdebar. Panic attack dia datang balik. Takkanlah...

“Fad..." Lembut suara Aden memanggil namanya,

“Tempoh masa ni, saya akan kenang sampai mati..." Fad angkat muka memandang Aden namun wajah Aden kabur. Perlahan-lahan, dia tak sedarkan diri.

"Fadzlin! Jangan buat ibu macam ni lagi." Fad senyum,

“Orang okeylah, ibu." Ayah hanya menggeleng. Fad tak ingat apa yang jadi dalam lif tadi. Yang cuma dia ingat, Aden panggil nama dia dan dia terus collapse. Eh, Aden!

“Ayah, ada tak lelaki nama Aden datang melawat orang?" Ayah menggeleng. Ibu juga. Fad menggaru kepala yang tidak gatal.

“Assalamualaikum..." Pintu bilik yang dibuka dari luar buat mereka sama-sama memandang ke arah pintu.

“Waalaikumussalam. Oh, tuan! Sila masuk tuan," Si lelaki separuh abad yang lengkap berpakaian seragam polis menghampiri katil Fad,

“Cik dah okey ke?" Fad mengangguk,

“Alhamdulillah."

“Baguslah macam tu. Saya cuma nak maklumkan yang kes cik ni tiada kaitan dengan jenayah atau apa. Cuma masalah teknikal di syarikat itu saja. Kami tak nak berlaku spekulasi sabotaj atau apa sedangkan ia cuma masalah dalaman syarikat saja." Fad mengangguk sebelum tersenyum,

“Eh, tuan! Boleh saya tanya sesuatu?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience