BAB 8

Other Completed 1749

“Saya dah bawakan Cik Fadzlin untuk encik. Apa-apa, encik boleh interkom saya saja."

“Terima kasih, Linda." Gadis yang dipanggil Linda itu tersenyum lalu dia memandang Fad,

“Jemput duduk, Cik Fadzlin." Fad mengangguk saja namun dia masih berdiri. Linda pula terus keluar dari bilik milik Ku Aidan tersebut.

“So, kenapa nak jumpa saya Cik Fadzlin? Tak suka saya tawarkan kerja untuk awak?" Terus saja lelaki itu bersuara tanpa mengangkat wajahnya.

“Saya bukan tak suka. Gilalah saya kalau tak suka bila ditawarkan kerja di syarikat ni tapi masalahnya saya tak pernah ditemuduga untuk jawatan ni atau apa-apa jawatan di syarikat ni."

“Saya dah temuduga awak, awak aje yang tak tahu." Fad terkesima,

“Hah? Bila?" Si lelaki angkat wajah. Bibirnya mengukir senyum,

“Dalam lif minggu lepas, waktu tempoh dua jam, dua belas minit dan dua puluh dua saat kita terperangkap dalam lif sama-sama." Beg tangan yang dipegang Fad terlepas,

“Aden!"

“Suprise!"

"Kenapa daddy tipu mummy?" Aden ketawa,

“Saja. Daddy saja nak kenakan mummy. Sekali mummy merajuk dengan daddy. Dua minggu jugaklah daddy nak pujuk mummy!" Bella ketawa,

“Padan muka daddy. Tipu lagi mummy." Fadzlin yang sedang meriba cucunya ketawa,

“Itulah. Memandai nak tipu. Siap minta tok su kamu menipu mummy waktu kat hospital tu. Punyalah jahat daddy kamu ni! Dahlah berpakat dengan tok aki dengan nenek kamu sekali. Kesian mummy kena tipu hidup-hidup."

“Bukan saja saya menipu. Saya tipu nak kasi awak ingat dekat saya."

“Yelah tu, habis cerita Ajim dengan Juwita tu? Konon Ajim mati, padahal Ajim tu sihat walafiat aje,. Siap kahwin lagi dengan Juwita."

“Siapa Ajim? Siapa Juwita, mummy?"

“Tok ayah dengan opah kamu, Bella!" Bella dah ketawa terkekek-kekek,

“Daddy matikan watak tok ayah, tok ayah tak marah?"

“Tak pun sebab dulu dia buat macam tu jugak dengan opah kamu!" Bella ketawa lagi sampai menitis air matanya. Alahai, daddy dengan atuk. Sama aje!

"AJIM!!!" Juwita dah terduduk di lantai. Baru kejap tadi dia cakap nak dinner sama-sama. Air matanya sudah menitis. Sedihnya hati, Ya Allah!

“Kenapa menangis ni?" Juwita panggung kepala. Ajim dah bertinggung di depannya dengan senyuman memekar di bibir,

“A... Ajim..."

“Saya main-main aje. Janganlah sedih macam ni."

“Bunyi tadi tu?"

“Ohhh yang tu sebab saya ketuk dinding lif dengan fail awak yang bertimbun tu." Jawab Ajim sengih dan Juwita hanya mampu mengetap bibir meanhan geram dalam hatinya meraung!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience