BAB 6

Other Completed 1749

“Ya. Cik nak tanya apa ya?"

“Lelaki yang ada dalam lif dengan saya tadi. Dia okey ke?" Wajah pegawai polis itu berubah sedikit,

“Lelaki? Lelaki mana ya, cik?"

“Lelaki dengan saya. Dia ada dengan saya dalam lif tu tadi."

“Kami cuma jumpa cik saja dalam lif tersebut. Itu pun cik dah pengsan." Fad terkaku. Habis, siapa yang menemani aku tadi?

"Fad... okey?"

“Orang okeylah, ibu." Seminggu selepas peristiwa itu, Fad bagai hilang arah. Ni baru dia dapat bernafas dengan normal semula.

“Ni ada surat sampai pagi tadi. Posmen hantar," ujar ibu sebelum meletakkan sekeping sampul surat yang masih belum dibuka ke atas riba Fad.

“Surat apa ibu?"

“Tak tahulah. Cuba Fad buka dan baca sendiri." Fad terus mengoyakkan sampul surat tersebut dan surat di dalamnya ditarik keluar. Sejurus selepas membaca surat tersebut, surat itu terus terlepas dari tangannya,

“Ibu!"

“Ya?"

“Fad..." Fad menekup mulutnya. Ya Allah!

“Fad dapat kerja."

“Alhamdulillah! Tapi kenapa anak ibu ni macam sedih aje?"

“Fad dapat kerja dekat syarikat yang Fad terperangkap dalam lif tu. Tapi bu, Fad tak sempat pergi interview pun hari tu." Wajah ibu terus berubah. Fad dah resah. Siapa yang main prank dengan dia ni?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience