BAB 2

Other Completed 1749

“Eh? Selalu rosak? Awak selalu ke syarikat ni?" Aden tercengang dua saat. Oh, terlupa pula!

“Saya selalu datang syarikat ni. Dulu saya kerja penghantar barang, so selalulah datang sini."

“Oh, patutlah!" Fad mengangguk,

“Kiranya awak pernah terperangkap dalam lif ni jugaklah?" Aden senyum lalu menggeleng,

“This is my first time actually. Cumanya saya selalu dengar orang dalam syarikat ni bercakap pasal lif yang selalu rosak. So I guess, this is the infamous lift." Fad ketawa namun tawanya mati apabila...

“Krek!!" Lif itu tiba-tiba bergerak ke bawah sebelum kembali berhenti, mengejut.’ Fad tiba-tiba rasa nafasnya bagai tersekat! Oh no, panic attack dia dah datang!

“A... Aden..."

“Ya?"

“I... I... can't... breathe..." Aden tercengang! Ah, sudah!

“Fad, look at me please! Tengok saya." Fad berpaling pada Aden. Dadanya, berombak-ombak. Nafasnya masih tersekat-sekat. Dia terasa sangat sesak kala itu. Rongga pernafasannya bagai tersumbat. I need air!

“Fad, everything will be fine. InsyaAllah. Tarik nafas panjang, perlahan-lahan dan hembus, perlahan-lahan. Kosongkan fikiran, jangan fikir pasal lif, pasal benda-benda yang tak best. Fikir pasal benda yang best-best aje..." Fad mengikut arahan Aden. Nafas ditarik perlahan-lahan, dihembus juga perlahan-lahan. Matanya dipejam rapat. Wajah ibu dan ayahnya, muka Tommy si kucing kesayangan, wajah Paden adiknya, wajah Aimy kawan baiknya bermain-main di mindanya. Aden menarik nafas lega bila melihat Fad yang kembali tenang,

“Awak ada panic attack ke?"

“Kinda. Jarang jadi. Kalau jadi tu mesti sebab saya panik betul."

“Breathe in, breathe out. Relax, okey? Everything will be fine." Fad mengangguk,

“Tapi awak kena keep talking dengan saya, kalau tak saya akan panik balik."

“Okey, let me tell you a story. About a guy, falling in love with a girl he met in a lift dan dia orang pun terperangkap dalam lif, macam kita."

“O... key..." Fad mengangguk.

“Kisah ni bermula pada suatu pagi. Ketika itu, si gadis masuk ke dalam lif dengan tangan penuh dengan fail..."

"Excuse me sir, boleh tak tolong tekan loceng ke tingkat lapan?" Si lelaki mengangguk,

“Sure."

“Thank you," ucap si gadis apabila lelaki itu menekan butang tingkat lapan.

“Welcome. Banyak fail, untuk apa semua fail ni?"

“Oh, just some paper of proposal and stuff. My boss ada meeting kejap lagi dengan client dia. Suruh I fotostat proposal and all this stuff tapi mesin fotostat kat ofis rosak, terpaksa fotostat kat kedai kat luar." Si lelaki ketawa,

“Kesian you."

“It's my job, anyway. Amanah orang bagi, kita kena jaga sebaiknya."

“Baguslah macam tu. Your boss is very lucky to have you as his worker." Si gadis baru nak membalas tapi lif itu tiba-tiba bergegar dan berhenti, di tingkat empat! Lampu lif, terpadam terus!

“Ya Allah!" Terlepas terus semua fail di tangan si gadis. Si lelaki pula terus menekan butang loceng kecemasan, Si gadis dah terduduk di lantai lif. Dia dah menangis. Bersungguh-sungguh dia menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience