BAB 7

Other Completed 1749

Fad bermain dengan jemarinya sendiri. Resah. Tadi, dia menapak naik ke tingkat lapan dengan tangga. Penat? Gila tak penat tapi kalau dia nak naik pakai lif, memang taklah! Serik!

“Cik Fadzlin?" Seorang gadis tinggi menyeru nama Fad.

“Ya, saya."

“Berkenaan surat tawaran kerja ni, memang betul. Syarikat kami yang hantar, atas arahan bos kami."

“Tapi saya tak pergi temuduga."

“Betul tapi bos kami dah tawarkan kerja ni untuk Cik Fadzlin. Cik boleh berjumpa dengan bos kami kalau cik nak." Laju Fadzlin mengangguk. Senang sikit kalau jumpa bos terus, kan?

“Kalau macam tu, cik tunggu sekejap ya? Saya nak jumpa setiausaha bos dulu." Fad mengangguk. Dia kembali duduk di atas kerusi yang disediakan di ruang menunggu. Matanya dipejam rapat. Otak dia rasa serabut. Dia nak rehat. Penat memikirkan surat tawaran yang tiba-tiba datang, penat memikirkan di mana Aden...

“Dua jam, dua belas minit dan dua puluh dua saat..." Pap! Matanya dibuka luas. Bagai terasa ada suara berbisik di telingannya. Fadzlin. Apa kena dengan kau ni?

Fad mengikut langkah gadis tinggi itu menuju ke bilik bosnya. Nama yang terpampang di depan pintu buat jantungnya berdegup laju. Ku Aidan Ku Hazim.

“Assalamualaikum, Encik Aidan."

“Waalaikumusalam," tanpa mengangkat wajah dari fail di atas meja, si lelaki menyahut. Fadzlin semakin berdebar-debar. Tu suara Aden...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience