BAB 5

Romance Completed 2935

“Tapi Arol janji tidak akan menyakiti Qaseh, Arol janji akan jaga Qaseh.”

“Nick pun pernah berjanji, tapi apa yang berlaku sekarang? Jangan berjanji Arol kalau belum pasti akan tunaikan.”

“Arol dan Nick orang yang berbeza Qaseh. Arol adalah Arol dan tak akan sama dengan Nick.”

“Lelaki…. Arol, sama!”

“Tak semua lelaki sama Qaseh. Fikirkanlah… Arol bagi Qaseh masa untuk fikir. Arol akan tunggu seberapa lama lagi.”

Kenangan dua tahun lalu itu kembali mengetuk pintu hati Qaseh. Tiada siapa yang tahu tentang perkara ini. Aira dan Noni juga tidak mengetahui tentang ini. Dia tidak pernah menceritakannya.

Pada dia biarlah dia menyimpannya sendirian, tidak perlu tergesa-gesa menceritakan pada kedua kawannya itu. Hubungan dia dan Arol juga biasa saja.

Selepas dari hari itu Arol tidak lagi mengungkit tentang perkara itu. Mungkin Arol tidak serius dalam meluahkan isi hatinya. Arol sahabat yang disayanginya.

Sayangnya hanya sebagai sahabat dan tidak mungkin lebih dari itu.

Pernah dia cuba menggantikan tempat Nick dengan menyayangi Arol tapi ia tidak dapat memaksa hatinya untuk menyayangi Arol sepertimana dia menyayangi Nick. Tapi Nick adalah lelaki pendusta.

Arol tidak lagi menghubunginya kini setelah setahun berada di perantauan. Kadang-kadang dia rindukan Arol. Sebelum ni mereka sering berhubung. Qaseh tidak betah lagi berdiam bila tiada khabar dari Arol.

“Qaseh !” Lalea berpaling menoleh ke arah datangnya suara itu. Suara yang cukup membuatkan jantungnya bergetar satu waktu dulu.

“Dengar dulu apa yang abang nak cakap ni. Lepas ni terpulanglah pada Qaseh nak menerima abang ataupun tidak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience