BAB 2

Romance Completed 2935

Sengaja Noni bersikap sedemikian demi mahu mengajar Qaseh erti sebenar persahabatan yang sanggup menghadapi susah dan senang bersama.

Beberapa minit kemudian Qaseh mengetul pintu bilik mereka membuatkan Aira dan Noni saling berpandangan.

“Boleh aku masuk?” Aira dan Noni saling tersenyum.

“Masuklah Qaseh, pintu ni sentiasa terbuka untuk kau, itupun kalau kau rasa diri kau tu kawan kamilah, ” Noni masih meneruskan niatnya untuk cuba memancing Qaseh supaya menceritakan masalahnya.

Dia faham tentang Qaseh yang tidak akan senang jika hati sahabatnya terguris.

Qaseh adalah kawan yang baik yang sukar membuat hati kawan baiknya hatta sesiapun terluka.

“Aku minta maaf kalau aku buat korang kecil hati. Aku tiada niat nak merahsiakan dari korang tapi aku tak nak korang menanggung beban yang aku rasai.”

“Qaseh.. Apa gunanya kawan? Takkan kau masih nak simpan sorang diri? Dahlah, tak kuasa aku !” Noni bangun cuba meninggalkan Qaseh, namun sempat ditahan oleh Qaseh.

“Aku faham Noni, Aira …tapi, aku buntu nak memikirkannya.”

“Apa masalah kau sebenarnya, cuba cerita?”

“Nick nak kembali dalam hidup aku sekali lagi, aku dalam dilema.”

“What!!!” Noni dan Aira melopong. Terkejutnya bukan kepalang.

“Betul ke apa yang aku dengar ni Qaseh …” Qaseh menceritakan segala-galanya pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience