BAB 3

Romance Completed 2935

Nick Ashraf bagai orang gila talak. Qaseh mati kutu bila Nick datang memintanya menjadi kekasihnya semula.

Memang dulu dia menyintai pemuda itu hampir seluruh jiwanya. Sengsaranya Tuhan sahaja yang tahu bila Nick memutuskan demi memburu cinta gadis lain yang lebih cantik dari dirinya.

Dan kini dia bingung untuk membuat keputusan. Nick saban hari mengganggu dan mendesak untuk kembali kepangkuannya.

Mungkin dan tak mungkin dia akan kembali kepada lelaki itu.

Noni dan Aira orang paling tak setuju sekiranya Qaseh ada niat untuk menerima semula Nick.

Tapi dia masih menyayangi. Sukar baginya untuk meluputkan kenangan cinta Nick di hatinya.

Lapan tahun menyemai cinta bersama Nick. Sejak di bangku sekolah lagi. Tapi Nick berubah bila dia Berjaya melangkah kaki ke salah sebuah IPTA Swasta.

Nick tewas dalam mempertahankan cinta mereka yangs sudah lama bersemi. Nick telah menduakan Qaseh.

Benar dia masih menyintai Nick tapi lelaki itu telah melukai hati wanitanya. Airmatanya tumpah lagi terasa peristiwa bertahun lalu bagai baru berlaku semalaman.

Dia keliru memikirkan Nick. Mengapa Nick kembali dalam hidupnya lagi setelah dia betah berdiri tanpa lelaki itu. Kehadirannya membuatkan luka Qaseh berdarah kembali.

Dia takut untuk menerima semula cinta lelaki itu. Takut andai pisang berbuah dua kali. Noni dan Aira melarang keras dia menerima Nick semula dan meminta Qaseh ingat semula kesalahan Nicky.

“Qaseh … tak perlulah kau bersama dengan dia semula. Dia dah banyak melukai hati kau dulu. Kau pasti ingatkan ?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience