BAB 10

Romance Completed 2935

Qaseh keluar dan menghantar Arol pulang dengan renungan mata hingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan.

Sudah berpurnama dia menantikan kepulangan lelaki itu dan kini lelaki yang dirindui kini berada di depan mata.

Tapi mengapa kini baru dia kembali? Lama dia tidak dihubungi oleh Arol.

Namun dalam masa yang sama dia merasa bahagia andai benar dia kini adalah tunangan Arol.

Lama Qaseh menganyam angan hingga tak sedar ketukan berkali-kali singgah di pintu biliknya, akhirnya ketukan terakhir telah menyedarkan Qaseh dari lamunan. Ibunya menjenguk masuk dan duduk di sebelahnya.

“Dah siap sedia fikir barang apa nak beli untuk majlis nanti?”

“Majlis apa pula ni mak.?” Dia bingung tak faham maksud emaknya.

“Ish budak ni. Lusa kan majlis tunang kau. Arol tak bagitahu ke?”

“Hah!!” Qaseh tenganga. Arol tak cakap apa-apa pun pada dia tadi.

“Di tak cakap apa-apa pun mak.”

“Tulah budak-budak zaman sekarang ni, dia nak buat kejutanlah tu kot dengan kamu, tapi mak bagitahu siap-siap takut kami pengsanb pula. Esok Arol datang nak bawa kau beli cincin.” Kemudian emaknya beredar.

Kuran asam betul Arol. Bukan nak cakap kat aku pun dah la tak buat apa-apa persiapan pun, muka pun macam orang tak siap!

Keesokan harinya, Arol datang persis yang diperkatakan oleh ibunya. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang terjadi sekarang.

Sama sekali dia tidak menduga yang dirinya bakal menjadi tunangan Arol. Dia keluar mendapatkan Arol di ruang tamu dan meminta Arol keluar ke luar rumah, ada banyk soalah dan rasa geram yang nak dilepaskan pada lelaki itu.

Sudah tidaj dapat dibendung gekolak hatinya.

“Kenapa Arol tak bagitahu hajat Arol datang semalam?”

“Saja!”

“Dahlah Arol tak jawab soalan yang Qaseh tanya semalam.”

“Okay so, Qaseh nak tahu la perkara sebenar kan?”

“Kalau sudi bagitahu, kalau tak nak cerita takpe, simpan sajalah sampai akhir nyawa,” rajuk Qaseh.

Qaseh… Arol pulang dan datang hanya kerana satu sebah, kerana mahu berjumpa dengan Qaseh, semua demi Qaseh.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience