BAB 4

Romance Completed 2935

“Betul cakap Aira tu Qaseh, kalau kau terima dia semula mungkin dia akan buat benda yang sama. Aku sebagai sahabat hanya menasihati sahaja, ia terpulang pada kau.”

“Kau dah dewasa jadi aku minta kau fikirlah semasak-masaknya sebelum kau membuat keputusan.”

“Tapi aku sayang dia Noni, Aira. Lapan tahun kami bersama, banyak yang dah kami tempuhi tapi…”

“Tapi lapan tahun yang lepas tu tidak memberi apa-apa faedah pada kau. Dia tinggalkan kau terkapai-kapai patah hati. Ada dia terfikir lapan tahun itu sebelum dia tinggalkan kau. Sekarang bila dia gila talak dia nak ungkit memori yang lapan tahun itu? Keputusan di tangan kau. Ini untuk masa depan kau, jadi fikir elok-elok.”

Qaseh merenung kipas siling yang menari-nari itu dengan pandangan yang
berbagai.

Kepalanya ligat memikirkan apa yang diperkatakan temannya tadi. Mungkin benar Nick akan mengulangi perbuatannya. Dan dia tidak rela untuk dikecewakan untuk kesekian kalinya.

Saat dia bingung memikirkan tentang kehilangan Nick dulu, Arol dating Memandikan bunga cinta. Kenapa Arol datang sekarang. Ah…. dia bingung antara Nick dan Arol. Cinta Nick dan kasih Arol, siapa yang harus menjadi pilihan hatinya?

“Qaseh, Arol sayang Qaseh. Dari dulu lagi Arol ada hati pada Qaseh tapi Arol takut nak cakap. Arol tahu cinta Qaseh masih pada Nick tapi Arol akan tunggu sampai pintu hati Qaseh terbuka untuk Arol.”

“Apa mimpi ni Arol … tetiba cakap mengarut macam ni.. Bagi Qaseh, Nick dah mati. Tiada Nick lagi dalam hati Qaseh. Dan tidak akan ada lelaki lagi buat masa sekarang dalam hati Qaseh. Qaseh ingin bebas begini…”

“Tapi sampai bila Qaseh ?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience