BAB 2

Horror & Thriller Completed 993

Sedang kakiku hendak melangkah masuk ke bilik air, aku terlihat ada seorang lelaki tua sedang mengemop lantai.

Dia merenung tajam ke arahku membuat aku sedikit gentar dan cemas. Demi mengelak kejanggalan aku memutuskan diri untuk menegur lelaki tua itu.

"Hai pakcik, pertama kali saya nampak pakcik ke sini, sebelum ini tak pernah nampak pun. Oh ya, lupa nak cakap yang saya memang sering berhenti di stesen minyak ni mengisi minyak. Ucapku pada lelaki yang berbaju batik, dari paras rupa dan lagaknya itu aku merasa dia berbangsa Indonesia.

Dia menjawab soalan ku dengan renungan yang tajam. "Saya Tukiman.. Panggil saja saya Wak Tukiman. Saya pekerja baru di sini..." Nadanya agak perlahan bagai sedikit berbisik namun masih dapat ku dengar dengan jelas bait bicaranya.

"Oh, patutlah saya tak pernah lihat Wak Tukiman sebelum ni. Saya pergi tandas dulu ya! Selamat bekerja Wak !" aku mula melangkah selangkah namun belum sempat masuk ke tandas dia memanggilku. Aku kalih melihat ke belakang.

"Cik!"

"Ya Wak ! kenapa Wak?"

"Tak usah masuk ke ruang yang sebelah kanan itu!"suara sedikit keras tanpa melihat mukaku sebaliknya dia ligat mengemop lantai.

"Tapi mengapa Wak? Sebelum ni tak ada masalah pun!" tanyaku kehairanan.

"Cik ikut saja Nggak usah banyak soalan. Tadi sore ada kecelakaan berlaku di situ. Mayatnya masih basah. Tidak ada yang mahu peduli kerana orangnya banyak dosa yang belum diampunkan. Iya psatilah orang yang banyak dosa" Nadanya mendatar saja namun sedikit lirih pula kali ini.

"Apa? Ada Mayat?" soalanku dibiarkan kosong tanpa jawapan. Tanpa berlengah lagi, aku terus masuk ke tandas dan menuju ke Bilik belah kiri.

Suasana di dalam tandas itu sunyi sepi tanpa sebarang suara kerana jam menunjukkan 1 pagi. Dari tempat letak kereta lagi hanya ada kereta aku saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience