BAB 6

Horror & Thriller Completed 993

Sebaik sampai di lobi condo dan sambil menunggu lif kiri terbuka, aku terpandang lif sebelah kanan yang sudah ditutup buat sementara waktu dengan meletakkan pita merah dengan tulisan 'DILARANG MELEPASI KAWASAN INI'.

" Clara.." seseorang menyentuh bahuku. Spontan aku menoleh.

"Eva!"

"Lif tu dah ditutup untuk selamanya atas alasan yang tertentu. Pihak bomba kata ada mayat lelaki tua dalam tu dengan mukanya yang sudah pecah. Mayatnya dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Semalam aku diganggu oleh makhluk halus yang menyerupai kau. Lepas aku keluar dari bilik, aku lihat ada seseorang yang berambut panjang dan wajahnya yang mengerikan duduk mencangkung di atas sofa tak berhenti pandang muka aku. Aku pun apa lagi cepat-cepat keluar dari rumah. Aku ada benda nak tanya kau ni boleh tak?”

"Boleh, apa dia yang kau nak tanya?"

"Sepanjang kau tinggal kat sini selama 12 tahun, kau kenal tak Wak Tukiman ?"

Sebut saja nama Wak Tukiman terus fikiranku teringat akan wajah tua yang berbual dengan aku di stesen minyak malam semalam. Jantungku mula berdegup kencang. Aku hanya menggeleng dengan dahi yang dikerutkan.

"Dia tu sebenarnya penghuni sebelah rumah kita."

"Apa benda yang kau cakap ni? Sebelah rumah kita tu rumah kosonglah dah 12 tahun tak berpenghuni."tak ada orang tinggal kat situ.”

"Sebenarnya aku pun tak tahu macam mana benda ni boleh jadi. Apa yang aku faham bahawa Wak Tukiman tu telah melakukan pemujaan syaitan selama kita tinggal di sini, entah dah berapa ratus kali ritual dia buat dan apa yang paling menakutkan adalah, hurmm aku berat hati nak bagitau tapi kau kena tahu. Hurmm begini, selepas kematiannya, syautan belaan Wak Tukiman perlu mencari tuan baharu dan kau nak tahu siapa sasaran mereka?”

“Tidak, manalah aku tahu Eva.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience