BAB 1

Horror & Thriller Completed 993

Kelam dan gelap malam itu dibasahi hujan lebat dan ngauman guruh di langit yang marah garang.

Kilat sambar menyambar, menimbulkan rasa seram di hatiku apatah lagi malam itu aku pulang lewat kerana kerja overtime sementelah berbukit kerja di pejabat yang perlu diselesaikan hingga tak sedar jam sudah 12 malam.

Jalan raya agak sunyi. Cuma kelihatan dua tiga buah kereta dan sebuah motosikal yang berhenti untuk berteduh. Lebat sungguh hujan hingga memaksaku untuk fokus pada pemanduanku.

Sedang mataku fokus tertancap di jalan tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Aku segera menekan butang jawab dan kedengaran suara yang tidak asing lagi di hujung talian.

"Hello, wey Clara eva here,” nyaring suara Eva memperkanlkan diri macamlah aku tak ada simpan nombor telefon dia.

"Tau, ha ada apa kau call aku ni? Aku tengah drive.”

"Oh, Clara aku nak bagitau kau yang lif condo terhempas tadi petang, kali ni sebelah kana pula..”

"Apa? Terhempas lagi? Seriouslah? Apa sudah jadi lah dengan management condo?" tanyaku seraya meluncur masuk ke sebuah stesen minyak demi melepaskan hajat yang sedari tadi nak terkucil.

"Tak tahulah Clara. Ramai orang sedang berkumpul nak lif yang terhempas ni. Katanya bomba dah dalam perjalanan."

"Kenapa? Ada orang terperangkap ke dalam lif?”

"Entahlah. Itu aku tak tahu,sekarang sedang tunggu pihak bomba datang."

“Okay, harap tak ada yang buruk berlaku, apa-apa roger aku tau!" laju saja aku meletakkan telefon kerana sudah tak tertahan nak terkencing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience