BAB 3

Horror & Thriller Completed 993

Usai membuang air kecil, aku lantas membasuh tangan di sinki sambil membetulkan rambutku yang agak kusut.

Cermin itu memantulkan bilik kanan yang pintunya tertutup rapat bagaikan ada orang di dalamnya. Mengingatkan pesanan Wak cik tadi aku berasa sedikit takut kerana katanya ada mayat di dalam.

Namun aku memberanikan diri untuk membuka bilik tersebut.

Setelah pintu Bilik ditolak, tidak ada apa-apa mayat. Hanya ada mangkuk tandas,lantai berjubin,paip dan tangki air dan juga seekor lipas yang mati. Tandasnya juga bersih. Aku tersenyum kecil.

"Aduhh itu cuma Lipas saja maa.. Pasti Wak cik ini mahu bergurau dengan aku." aku terus melangkah keluar daripada tandas dan mataku melilau mencari Wak cik tadi. Mujur masih ada dan aneh... dia masih mencuci tempat yang sama dan tidak berpindah walau sedikitpun.

Perlahan-lahan aku mendekatinya.

"Wak Tukiman..." aku menyentuh bahunya. Serentak dengan itu dia menoleh. Aku terkesima melihat wajahnya kerana dia bukan lelaki tua yang berbual bersama aku sebentar tadi tetapi kini bertukar menjadi seorang jejaka yang muda.

"Ya, cik! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal pemuda itu dalam senyuman.

"Oh, tidak ada apa-apa. Tapi.. boleh saya tanya sesuatu?"

"Boleh saja cik!"

"Nak tanya, ada tak seorang lelaki tua dalam lingkungan 50 atau 60-an bekerja di sini? Kalau tak silap saya namanya Wak Tukiman."

"Oh yang itu orangnya nama Wak Tukiman, dan dia sudah mati petang tadi."

Meremang bulu tengkukku setelah mendengar pernyataan daripada pemuda tersebut. Terkedu aku seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience