BAB 4

Horror & Thriller Completed 993

"Err.. sudah mati?"

"Kenapa cik?"

"Tidak ada apa-apa. Apa sebab kematiannya?"

"Menurut orang yang tinggal sama condo dengannya, dipercayai dia mati dalam lif. Lif itu terhempas. Badannya hancur dan daging tubuhnya bersepah dii dalam lif. Sungguh dashyat dan sadis cara dia mati.”

Hah Lif terhempas? Entah mengapa fikiranku terus saja teringat akan kata-kata Eva. Mungkinkah kematian Wak Tukiman ada kena-mengena dengan kejadian lif terhempas di condo ku?

Kakiku terus melangkah menuju ke kereta sambil mataku melirik ke arah pemuda itu.

Aku menjadi seram sejuk dan tiba-tiba saja bulu romaku meremang seluruh anggota badan kerana aku perasan matanya itu tidak berkelip langsung dari memandangku, tak cukup dengan itu pandangannya sangat tajam hingga menimbulkan rasa seram dalam diriku.

Dalam perjalanan, fikiranku terus melayang memikirkan pelbagai perkara dan persoalan yang membelenggu fikiranku. Satu persatu insiden yang berlaku sebentar tadi bermain di fikiran membuatkan aku menjadi bingungu. Jalan pula semakin gelap dan sunyi sepi Lereng-lereng bukit yang memang harus aku laluinya kelihatan dua kali ganda seram dari biasa dan kedengaran salakan dan gonggongan anjing yang meremang bulu roma.

Tak semena-mena, pintu keretaku diketuk kuat berkali-kali bagai ingin tercabut pintu tersebut. Aku sungguh terkejut dan panik. Aku tidak tahu makhluk apa yang mengetuk pintu keretaku di tengah-tengah jalan raya sebegini. Ingin saja aku menangis tika itu. Bunyi ketukan yang bertalu-talu itu diikuti pula dengan bunyi cakaran.

Aku segera memberhentikan kereta di bahu jalan sebelum perkara yang lebih buruk berlaku pada aku. Bunyi ketukan dan cakaran itu semakin kuat membuatkan tubuhku menggigil dan jantungku berdegup kencang. Peluh merenik di dahi. Telefon bimbitku dicapai dan nombor Eva segera didail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience