SST - 25

Romance Completed 72474

Najemie tersedar dari lena. Jantungnya hampir meledak apabila mendapati dirinya sedang baring di ranjang yang sama dengan Hariz. Tambahan pula bila merasakan ada pelukan erat lelaki itu pada pinggangnya. "Hariz! What are you doing?" Pekik Najemie kuat. Terus ditepis tangan kekar itu menyebabkan Hariz sedar dalam kantuk. Roh belum sempat pakai selipar, jasad sudah jatuh menimpa lantai.

Terduduk Hariz jadinya bila merasakan tubuhnya sakit akibat terjatuh dari katil. Dipandang sekeliling lalu terhenti pada Najemie yang sedang memandang garang kearahnya. "Apa ni Najmi? Abang tengah migrain ni. Kenapa Najmi tolak abang?" Rambut yang sedia kusut, dikusutkan lagi.

"Jangan nak buat buat tak faham pulak. Kenapa awak ada satu katil dengan saya hah?"

"Apa masalahnya? Tak pelik pun. Ini Eropah lah. Orang dekat sini keluar masuk club pon ada. Lagipun, Najmi kena ingat. Najmi dengan abang tu suami isteri. Jadi, abang bebas nak buat apa apa pon pada Najmi." Lawan Hariz.

"Saya tak bodoh lagi tau. Saya bukan seorang yang lepas kena pukul, terus hilang ingatan!" Perli Najemie pedas.

"Najmi.." panggil Hariz meleret. Dia mendekati tubuh kecil itu. Kepala dibaringkan dipangkuan isterinya. "Abang sakit kepala. Malam tadi abang tak dapat tidur. Boleh Najmi urutkan kepala abang?" Adu Hariz manja. Lembut suaranya. Kedengaran seperti betul betul sakit.

Najemie segera ingin menepis, tetapi bila melihat wajah pucat itu. Dibiarkan sahaja kepala itu berbaring disitu. Tangan lembut menyentuh dahi lalu mengurutnya perlahan.

Berkerut kerut dahi Hariz menahan siksa sakit kepala. Dalam diam, dia menghayati gerakan urutan itu sehingga tidak sedar sentuhan itu membawa semula dia ke alam lena.

.....

Hariz melangkah keluar apabila menghidu bau dari luar bilik yang telah mengganggu lenanya. Dia gagahkan diri untuk bangun walaupun ada sedikit rasa ketidaknyamanan dikepala yang masih tersisa.

Najemie yang merasai kehadiran seseorang diruang dining itu terus menoleh. "Eh dah elok ke migrain tu sampai dah boleh berjalan tu?" Perli Najemie.

"Eloklah sikit bila ada yang urut tadi pagi." Balas Hariz.

Najemie memberi jelingan maut. "Sini. Makan. Saya buat nasi lemak." pelawa Najemie.

Hariz mendekati meja makan itu. Dia memerhati makanan yang terhidang di atas meja. Nyum favourite!

"Kat sini susah nak dapat makanan halal. Tu sebab saya masak sendiri je. Lagipun saya tak tahu makanan tipe apa yang kena dengan tekak awak tu" Jelas Najemie lalu menghulurkan pinggan yang sudah disenduk nasi.

"Apa apa yang Najmi buat. Abang suka. Dan itu tipe makanan favourite abang" Beritahu Hariz tersenyum nipis.

Najemie menjeling mata keatas. "Haih suka hati awaklah" Balas Najemie menyampah.

Hariz menahan tubuh itu dari menjauh darinya. "Najmi nak kemana? Tak makan sekali dengan abang?"

"Saya taknak ganggu selera awak. Nanti awak tak lalu nak makan dengan orang gaji. Lagipun orang gaji tarafnya makan dekat lantai je. Tak layak semeja dengan orang berpangkat besar macam awak."

Hariz mendongak memandang dalam wajah gadis yang berdiri disebelahnya itu. "Najmi memang anggap abang ni bukan suami Najmi ke? "

Najemie lantas mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak membantah.

"Teman abang makan okey. Abang lebih berselera kalau ada Najmi yang temankan abang makan. Ini kan Najmi yang masak. Takkan abang nak makan sorang sorang pulak. Tak kesian dekat abang ke?"

Najemie tidak menjawab. Tempat duduk diambil berhadapan dengan Hariz.

Hariz lega. Setidaknya mampu melembutkan hati wanita itu. Boleh dianggap satu permulaan untuk sebuah pendekatan.
"Lepasni, abang ada last meeting. Lepastu kita balik okey"

Najemie hanya mengangguk.

"Najmi taknak beli apa apa? Untuk umi? Abah? maksu ke?"

"Takde"

"Najmi tak pegi keluar ke? Tengok tengok tempat ni last day?" Soal Hariz lagi ingin menarik semula minat gadis itu datang ke sini.

Najemie tidak menjawab. Dia memandang datar lelaki dihadapannya. "Perlu ke?"

"Perlulah. Kan esok kita nak balik Malaysia dah. Mana tahu Najmi nak ambik gambar moment moment dekat sini. Bukan selalu pun kita datang si..."

"No, i mean.. perlu ke pergi meeting tu?"

Hariz seperti tidak dapat bernafas. "Huh?"

"Tinggal sini tak boleh? Temankan saya.." Pinta Najemie. Hanya tidak mahu keseorangan lagi. Dia benar benar takut sekarang.

"Meeting ni terlalu penting. Abang tak boleh tangguh. Project besar. So.. abang.."

"Kalau macam tu tak perlu jelaskan ulasan lagi. Saya tak mintak ulasan awak." Potong Najemie dengan senyuman sinis. Terus dihabisi suapan terakhir sebelum bangun menuju ke sinki untuk mencuci pinggan yang telah digunakan.

"Atau Najmi nak ikut abang pergi meeting abang? Lepastu kita jalan jalan. Ada masa lagi lepas meeting tu" Cadang Hariz.

Pergerakan Najemie terhenti. Tanpa sedar, segaris senyuman terukir dibibir mungil itu. Senyuman yang tidak dapat dilihat oleh Hariz kerana tubuh Najemie yang membelakanginya.

Najemie tidak menjawab.

"Orang cakap, diam tanda setuju" kata Hariz yang sudah mendekati tubuh sang isteri.

"Ikut suka abang lah" Terus Najemie beredar dari situ masuk ke bilik tidur.

Hariz tersenyum suka. Akhirnya, dapat juga dia mendengar panggilan terhormat itu dari bibir gadis yang bergelar isteri itu. Tak tahulah gadis itu sedar atau tak dia sedang tersasul. Walaupun begitu, dia cukup bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience