BAB 9

Romance Completed 1882

“Ha’ah. Sebab orangnya baik dan selalu ambil berat pasal aku, aku suka caranya yang sentiasa mengingati dna melidungi aku.”

“Siapa namanya?” jawab Farhan sambil tertunduk.

“Namanya.. Nak cakap juga ke?!” jawab Becca sambil berseloroh. Dia melihat wajah Farhan yang semakin merah tertunduk ssedikit hampa.

“Namanya Farhan …” jawab Becca pelan.

Serta merta kepala Farhan mendongak memandang gadis di hadapannya dengan pandangan seakan tak percaya.

Berulang kali menyuruh Becca mengulangnya sampai menyuruh Becca menjerit. Seraya itu juga Farhan langsung memeluk Becca, hingga Becca terkejut dan membuat hatinya semakin berbunga-bunga.

Farhan memeluknya begitu kuat, begitu pula Becca. Selepas pelukan mereka tersenyum bersama.

Dan Farhan pun mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya, sebentuk cincin emas putih.

“Sudikah engkau Becca, gadis yang dulu yang selalu melindungi aku di mana pun dan bila-bila masa pun pun aku berada, menjadi pasanganku, lelaki yang kuat menangis suatu ketika dulu bahkan boleh jadi sehingga kini untuk yang pertama dan yang terakhir?”

Tergamam! Sungguh dia tak percaya. Becca benar-benar terkejut, Dia tidak menyangka sama sekali bahawa Farhan akan melakukan hal ini yaitu melamarnya.

“Aku Becca gadis penyelamatmu sudi untuk menjadi pasanganmu untuk yang pertama dan yang terakhir,”

“Dan aku Farhan sebagai suamimu nanti akan selalu melindungimu selalu sepertimana kau dulu selalu melindungiku, malah aku akan lebih dalam melakukannya.” kata Farhan mantap dengan senyuman yang begiu manis.

Tiada kata dapat dilafazkan, Becca tidak sanggup berkata-kata lagi. Dia hanya dapat tersenyum sambil meneteskan air mata. Farhan lelaki yang berberbeza, mmemang dari dulu Dia bukan lagi-laki yang senang mempermainkan perempuan,

Dia sangat sopan pada perempuan, malah dulu saat Becca menceritakan Farhan pada mama Becca.

Mama Becca terlihat senang dengan Farhan walaupun belum pernah bertemu. Dan sekarang Tuhan menyusun takdir buat merea untuk bersama selamanya dan diharapkan agar mereka dapat sentiasa saling melengkapi untuk hingga ke syurga.

Farhan, usah menangis kerana aku akan sentiasa bersamamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience