BAB 8

Romance Completed 1882

Seperti biasa, saat mereka bertemu di tempat yang sama buat pertama kali di bangku taman ini, ketika itu Farhan sudah ada sana lebih awal seperti selalu memakai pakaiannya yang kemas dan kacak, bahkan dia lebih kacak dari hari-hari sebelumnya.

“Hai! Lamanya?” sapa Becca.

“Eh Becca, taklah kira-kira baru 45 minit saja,”

“Kira lamalah tu,” jawab Becca sambil tersenyum malu.

Namun mengapa tidak tahu mana arahnya, pertemuan kali ini agak berberbeza, Farhan kelihatan sedikit gugup tidak seperti biasa sanya. Samalah juga dengan Becca.

Dia juga merasa menjadi janggal. Dalam beberapa minit selepas masing-masing berdiam diri, akhirnya Farhan pun berucap memecah keheningan.

“Ca, aku ada nak cakap sesuatu dengan kau,”

“Apa, cakaplah?” jawab Becca penasaran.

“Kau masih single kan?” kata Farhan sedikit gugup.

“Single? Apa maksud kau belum ada kekasih ke?” Tanya Becca hairan.

“Ya dan, kau pula sudah ada kekasih ke belum? Atau dah ada suami ke tunang ke? Atau ada seseoran yang tengah rapat dengan kau ke saat ini?”

“Oh deket! Ada!” jawab Becca mantap.

“Ada!”

“ Siapa ? Lelaki atau perempuan?” Tanya Farhan ingin tahu.

“Sah-sahlah lelaki, memang kenapa tanya soalan ini?”

“Oh elaki, kau suka dia ?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience