BAB 1

Romance Completed 16976

" Ya Allah! Anak dara jenis apalah kamu ni! Tak bangun-bangun lagi kamu!

Jeritan Naga yang sudah dikenalinya sejak kecil lagi itu membuatnya bangun duduk dengan mata terpejam. Tangannya meraba-raba mencari di mana letaknya telefon bimbit. Apabila dapat saja, matanya yang terpejam itu di celikkan sedikit agar dapat lihat jam di telefon.

Bila tengok je jam, matanya serta merta matanya membulat. Segar terus dia masa itu saat melihat jam.

' Mampus! Aku sudah lewat nak ke kerja. Habis!'

Pantas dia membersihkan diri dan menyalin pakaian. Selepas itu, pantas dia turun dan
menuju ke dapur.

" Assalamulaikum mama. Aina pergi dululah ya.."

Tangan Puan Isma di capai dan dikucup. Kemudian dahi Puan Isma pula dikucup Aina.

" Ya Allah. Tak sarapan dulu ke? Tu lah bangun lambat lagi..." Puan Isma tergeleng-geleng melihat gelagat anak bongsungnya itu. Nama je dah besar panjang tapi sikap masih tak berubah juga.

Aina tersengih lalu menggeleng perlahan. Dia sudah lewat jadi tak sempat nak sarapannya. Mahu kena marah dengan bos tu. Uhuhu.. tak mahulah.

" Aina pergi dulu mama. Assalamulaikum.."

" Waalaikumussalam.."

Hilanglah Aina bersama keretanya. Puan Isma hanya melihat dengan senyuman.

" Apa yang kecoh sangat tadi tu ma?"

Muncul Azim anak sulung Puan Isma. Puan Isma dikurniakan 3 orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan.

Azim berumur 29 tahun. Anak keduanya Arif berumur 27 tahun. Manakala Aina berumur 25 tahun. Masing-masing dah besar panjang. TApi tiada seorang pun yang belum berkahwin.

" Lah..termenuung pula mama ni." Azim tersengih melihat mamanya.

" Kamu lah yang buat mama termenung ni. Bilalah mama nak dapat menantu ni.Kempunan dah mama ni."

Azim bergerak ke meja makan. Kerusi di tarik perlahan.

" InsyaAllah ma. Suatu hari nanti." ujar Azim selamba. Bukan dia tak tahu mamanya dah geram sangat dah dengan dia. Setiap kali bila bincang pasal topik kahwin ni. Ada je alasan untuk mengelak. Azim..Azim..teruk betul aku ni kan?

" Berilah dia waktu mama. Belum sampai serunya lagi lah tu."

Muncul En. Muzaffar bersama senyuman. Matanya dikenyet ke arah Azim tanda menyokong apa saja keputusan Azim. Azim pun apa lagi seronoklah kerana ada juga orang menyokongnya.

Puan Isma hanya tergeleng-geleneg. Eloklah tu! Bapak borek anak rintik. Hurmm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience