BAB 6

Romance Completed 16976

Puan Isma memandang hairan ke arah anak puterinya itu. Dengan kotak besar segala. Apa benda tu?

" Aina..awal balik hari ini. Dan kotak apa tu?" soal Puan Isma bertalu-talu.

Aina tersengih melihat mamanya.

" Hadiah dari kawan. Aina balik awal sangat erk? Tak perasan pulak. Aina naik atas dululah ye..Daa.."

Pantas Aina melangkah masuk ke dalam bilik dengan kotak besar itu. Sebaik saja masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Dia menghembus nafas lega. Mujurlah mama tak tanya banyak-banyak.

Kotak besar di letakkan di atas katil. Tudungnya di lucutkan. Kemudian dia mencari gunting untuk membuka balutan pada kotak besar itu. Apabila sudah dapat pantas di koyak-koyakkan.

Aina menghembus nafas sebelum membuka kotak tersebut. Entah apalah yang pengirim ni bagi kat aku. Huhu..

Dengan lafaz bismilllah, Aina pun membuka kotak tersebut.

" Ya Allah!" Terpana Aina saat melihat barang yang berada dalam kotak tersebut.

" Tedy Bear! Besar pulak tu!" Teruja terus Aina ketika memeluk tedy bear yang besar itu.

Aina membelek-belek kotak tersebut. Ingin mencari kad. Jumpa jugak.

Dear Aina my Manja,
You never know who i am because i'm badboy (well in a good way).
You never know how much i love you.
And you never know when i always see you from one place.

Aina!
Now i want you to know something.
Can you meet me?
If can, i want to see you.
I will wait you at one place.
At 8 pm.

(The place where you work) From Badboy Manja!

Serta merta hati Aina berdebar-debar. Sungguh perasaannya saat ini jangan cakaplah. Macam baru lepas lari marathon.

" Ya Allah..Aku memang sudah jatuh suka kepada pemberi tedy bear ni. Tapi bersediakah aku untuk berjumpa dengan dia? Bersediakan aku? "

TokTokTok

" Aina! Mama masuk ya.."

Kelam kabut Aina menyembunyikan tedy bear di bawah katil. Kad itu pantas di sorokkan di bawah bantal. Fuh! Selamat!

Puan Isma tersenyum. Wajah anaknya ditatap. Macam ada masalah je Aina ni.

" Ada apa ma?" soal Aina sambil tersenyum. Tapi dalam hati ni hanya Allah saja tahu apa perasaan aku.

" Kamu ada masalah ke? Keluh kesah je mama tengok?" Aina tersengih. Segan beb kalau mama tahu!

" Nothing! Erk..ma. Aina nak tanya sikit boleh?" soal Aina. Puan Isma hanya mengangguk.

" Kalaulah mama dapat hadiah daripada seseorang dan pengirim tu nak jumpa mama. Apa yang mama akan lakukan?" Aina menanti dengan debaran.

" Mama akan pergi je lah jumpa dia. Apa yang susah. Nak ucapkan terima kasih kerana sudi berikan hadiah untuk mama. Kenapa?"

" Tapi kalau pengirim tu cakap sesuatu yang buat mama tersentak. Macam mana?" jawapan kepada soalan Puan Isma tidak di jawab malah Aina teruskan bertanya.

" Apa? Seperti sayang awak. Macam tu?" Aina pantas mengangguk.

" Kalau itu jodoh mama. Mama terimalah. Tapi sekarang mama dah tak boleh terima lah sebab mama sudah ada papa. Kenapa ni sayang?"

Aina tersenyum. Aku rasa aku patut berdepan dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience