BAB 7

Romance Completed 16976

Aina tertegur air liur. Sekeliling diperhatinya. Rasa gerun pulak nak naik atas pejabat tu. Nanti takut kena tangkap khalwat ke? Cam ne ni?

Aina tergaru-garu kepalanya itu. Tapi Aina terus melangkah apabila menyedari ada seseorang di belakangnya. Takut punya pasal, pantas dia berlari naik atas. Mujur dia pakai seluar digandingkan dengan blaus.

Sampai saja di hadapan pintu masuk pejabat, ada sekeping kad yang terselit di bawah pintu. Aina membongkok dan mengambilnya.

Masuk ke dalam. Jangan takut! ^^

Aina mengeluh kecil. Jangan takut konon. Ini dah menakutkan aku ni tahu tak. Dengan perasaan berbelah bahgi, Aina pun masuk ke dalam.

Gelapnya. Mak ai! Nak buka lampu ke tidak. Buka je lah.

Klik! Aina menarik nafas lega. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu kad yang berada di atas meja Fatin. Besar pulak tu. Besar macam buku latihan panjang.

Aina membuka kad tersebut.

Awak makin hampir dengan destinasi. Awak masuk ke dalam bilik bos. I wait you!

Aina terterguk air liur. Buat apa tunggu di bilik bos. Kat sini tak boleh ke? Bilik bos bukan boleh di harap sangat. Adoi! Masuk je lah.

Dengan lafaz bismillah, pintu bilik bosnya itu di tolak. Tapi hampa sebab gelap. Ada orang ke tak ni?

" Helo...awak ada di sini tak?" soal Aina takut-takut. Dahlah bilik bos dia besar. Kalau kecik okey lagi.

" I will never let you go Aina!"

Serta merta lampu menyala. Aina pun pantas menoleh ke belakang. Erk?

" Abang?" Apa pulak abang aku yang ni?

" Eh bukan? Belakang tu." Aina mengerutkan dahi. Pantas dia kembali menoleh ke belakang.

Dan dia jadi tempempan. Sungguh tergamam dia saat itu. Mana tak tergamam sebab orang yang selalu berikan ayat-ayat cinta itu orang yang aku kenali. Ya Allah.

" Aina.."

" Irfan?" Irfan tersenyum memandang wajah terkejut Aina.

" Ya.. Aina. Saya nak awak tahu yang saya cintakan awak bukan kerana rupa paras awak. Tapi secara azali. Rasa itu muncul. Mula-mula saya tak percaya sampailah saya lakukan solat isthikarah. Dan saya dapat jawapan dengan itu. Awaklah jodoh saya Aina."

Aina hanya mendiamkan diri. Wajahnya tunduk memandang lantai.

" Aina..sudikah awak menjadi isteri saya?" Aina terdongak memandang Irfan.

Wajah yang sentiasa membuat dia tenang setiap kali memandang. Serta merta senyumannya terukir. Kemudian dia kembali tunduk.

" Sebelum tu saya nak tahu sesuatu." ujar Aina.

" Jika benar awak mencintai saya. Adakah awak sanggup terima kelemahan saya? Setiap apa saja yang saya buat, adakah awak boleh membimbing saya?" dengan sinar Aina menyoal Irfan. Mtanya sudah berkaca-kaca memandang Irfan. Sungguh dia sangat terharu.

Irfan mengukirkan senyuman.

" Sudah pasti Aina. Saya sanggup terima kelemahan awak. Saya akan membimbing awak. Kita sama-sama berusaha. Jadi sudikah awak terima lamaran saya?"

Aina tertawa kecil dengan linangan air mata. Tangannya menekup mulut lalu mengangguk. Dia yakin Irfan adalah jodohnya.

" Alhamdulilah!" suara itu buat Aina menoleh.

" Mama? Papa dan abang pun?" soal Aina pelik. Adakah ini rancangan mereka?

" Maafkan kami kerana tak beritahu kamu lebih awal. Ini semua rancangan Irfan. Kami ingin membantu dia mendapatkan Aina. Mama tahu niat Irfan baik jadi mama nak tolong dia. Aina tak marah kan?" jelas Puan Isma.

Aina tersenyum lalu memeluk mamanya. Dia tidak marah malah berterima kasih kerana sanggup membantu. Terima kasih Ya Allah.

" Irfan.. saya harap kamu dapat jaga dan bahagiakan anak saya." ucap Encik Muzaffar sambil menepuk bahu Irfan.

" InsyaAllah pakcik."

Aina tersenyum memandang Irfan. Air mata kesyukuran mengalir keluar. Irfan.. terima kasih.

Irfan membalas senyuman Aina. Sama-sama Aina. Moga kebahagiaan milik kita jua.

" Dan selepas ni giliran Azim dan Arif pula ya.." kata-kata Puan Isma mengundang tawa Aina dan Irfan.

Manakala Azim dan Arif sudah memuncung sedepa. Tak boleh jadi ni.

"INsyaAllah mama kami sayang. Tapi lepas ni tak boleh buli AIna dah. Sedih lah."

" Okay apa. Aina pun tak kena buli lagi." Aina menumbuk perlahan bahu dua orang abangnya itu.

Hilaian ketawa canda ria mereka membuatkan hati mama mereka bahagia. Alhamdulillah puteri kesayangannya menemui cinta yang dicari, semoga anak-anak manjanya yang lain menemui kebahagiaan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience