BAB 4

Romance Completed 16976

Erk? Aina memerhati sekeliing. Kemudian padangannya kembali terarah kepada sekuntum bunga yang berada di atas mejanya. Pelik betullah. Siapa yang bagi ni.

" Weh..buah hati kau bagi."

Muncul Fatin bersama senyuman. Aina menjongket kening. Buah hati? Kawan lelaki pun takde tetiba dapat buah hati. Apa kes?

" Siapa yang bagi ni? Nama pengirim pun tak ada."

Dibelek-belek kuntuman bunga itu. Mana tahu ada kad ke apa ke. Tapi tak ada pun. Hampeh!

" Entah..aku datang je tengok-tengok bunga tu dah ada atas meja kau. secret admirer kaulah tu. Terima je lah."

" Secret admirer lah sangat."

Malas nak ambil tahu lebih-lebih. Kuntuman bunga itu ditolaknya ke tepi. Buat sakit kepala je. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu kad di bawah telefon pejabat.

Aina mendongak untuk melihat Fatin. Tapi Fatin dah keluar. Aina menghembus nafas lega. Jadi aku boleh baca tanpa gangguan.

Perlahan-lahan Aina membuka kad itu dan membacanya.

Cinta itu HADIR setiap saat,
Cinta itu TERASA dalam tindakan,
Cinta itu TERUCAP dalam senyuman,
Cinta itu BERSINAR dalam tatapan,
Cinta itu HANGAT dalam dakapan,
Cinta itu MENYENGAT lewat belaian.

I will never let you go Aina! From Badboy!

Aina tergamam selepas membacanya. Badboy? Siapa ni? Aina memerhati tulisan yang berada di kad tersebut. Tapi tak kenal tulisan siapa.

Beep! Bunyi interkorm buat Aina terkejut beruk. Dadanya diusap perlahan. Kacau mood aku betullah. Baru nak berangan. Haishh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience