BAB 3

Romance Completed 16976

Eh? Aina mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum menoleh ke arah Fatin yang sedang makan itu. Pelik bin ajaib.

" We..weh.." Aina menyenggol siku Fatin sambil matanya terarah ke seorang lelaki.
Fatin merengus geram. Orang nak makan pun tak senanglah.

" Apa?" soal Fatin geram.

" Kau tengok sana. Lelaki yang berada di kaunter tu. Cuba tengok." arah Aina.
Fatin menurut. Lantas dia tersenyum.

" Asal? Kau minat ke?" usik Fatin lalu menyisip sedikit minuman.

Aina menjeling Fatin tajam. Orang serius dia main-main pulak.

" Aku nak tahu siapa lelaki tu. Asal aku pernah nampak je."

" Lah..kau ni memang ada penyakit lupa ke. Dia kan client tetap bos kita. Kau tak ingat ke masa pertama kali bos ajak kau dan dia berjumpa untuk bincang hal projek apa ntah. Tak ingat ke?"

Aina yang tadi blurr kemudian tersengih. Dia memang betul-betul terlupa akan hal itu. Hehe..

Fatin hanya tergeleng-geleng. Teruk betul kawan aku sorang ni. Hurmm..

Aina kembali melihat lelaki tadi. Entah apa yang menarik pun dia tak taw. Yang dia tahu bila tengok lelaki tu, rasa tenang je. Kan best kalau dapat suami macam lelaki tu. Hensem dan baik pulak tu. Aina tersenyum sendirian.

Tiba-tiba mata mereka bertembung. Pantas Aina melarikan pandangan. Alahai! KAntoi pulak. Ish..

" OIt! Lelaki tu datang." maklum Fatin.

Aina jadi gelabah. Ini pasti tentang tadi. Aiseyhmen. Malu ngok! Larilah.

" Weh..aku blah dulu." bisik Aina lalu bangun berdiri.
Tapi belum sempat dia melangkah, bahunya dicuit perlahan. Serta merta dia terkaku. Adoi! Kantoi kau Aina!

" Awak nak pergi Aina?"

Aina tersentak. Dia tahu nama aku? Tapi kenapa aku tak tahu?

Perlahan-lahan Aina memusingkan badan. Dia tersengih kerang busuk ke arah lelaki itu.

" Haih..tak sangka awak ni kelakar juga Aina. Fatin.. petang nanti saya akan ke pejabat kamu."

Aina tersengih lagi. Kelakar sangat ke aku ni. Hehe..malu lah ngok!

" Oh..okey tapi untuk apa cik Irfan nak datang?" soal Fatin pula.

Irfan tersenyum lalu mengerling Aina. Bahu Aina dicuit sekali lagi. Aina terlalu malu dan dia suka!

" Erk..kenapa?" Aina jadi gelabah. Nak hukum aku ke kerana pandang dia tadi.

" Saya cuma nak beritahu awak yang saya suka kalau awak asyik pandang-pandang saya." bisik Irfan dengan senyuman. Sengaja ingin menduga hati Aina.

Aina tersentak. Serta merta wajahnya memerah akibat malu. Aina! Tengok.kan dah kena balik. Ish.. Tak sukalah.

Selepas saja Irfan beredar, Fatin terus ketawa terbahak-bahak. TAk tahan dengan gelagat Aina sebentar tadi. Haha..tahu pun gelabah. Yang intai tadi tak pula gelabah. Haha..

" Ha..gelaklah puas-puas. Kawan yang tak boleh harap langsung." rajuk Aina lalu kembali duduk. Dia memeluk tubuh. Geramnya.

Fatin mengesat air matanya akibat terlebih gelak. Wajah Aina di jeling manja.

" Ala..janganlah macam ni. Aku tahu cik Irfan tu sebenarnya dah lama simpan hati kat kau. Dah lama katanya." Aina mencebik.

Macam dia nak percaya kata Fatin tu. Pleaselah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience