PIALA MARY YAP

Short Story Series 1421

Tahun 2018 aku sering memerhatinya di media sosial. Tahun ini aku perhatikan tiada lagi gambar teman wanitanya yang terpapar di laman instagramnya. Mungkin mereka mahukan privasi. Tidak mengapala. Aku bertahan setia menjadi peminat sejatinya.

Waktu semakin mahu mendekatkan kami. Piala Maryyap tahun 2018 di adakan di Tawau sabah dan hanya 2 kumpulan daripada team kami di hantar. Waktu tidak menemukan kami untuk berada dalam waktu training yang sama. aku sedih. Hari demi hari hanya mampu melihat waktu-waktu trainingnya melalui instagram dan twitter.

satu hari saat aku tidak mampu untuk memikirkan apa apa. Down dan sedown-downnya. Coach sering memarahi aku dan hanya aku d marah. Aku tidak tahu sama ada waktu itu Allah benar-benar mendengar doaku. Aku melihat kelibat pemain-pemain futsal lelaki yang berada di siring jaring dan mereka berketawa. Namun aku tidak melihat kelibatnya. Aku meneruskan permainanku. Kemudian menjaringkan. Namun prestasi permainan ku waktu itu amat mengecewakan. Apa bila aku berpaling aku melihat ada si dia. Memakai baju biru dan aku menjadi berdebar. Aku memusingkan diriku dan terus bermain.

Debaran waktu ini amat terasa, aku mampu mengawal dan hanya memerhatikannya dari jauh. Aku melihat dirinya tidak mempost aktiviti hariannya pada hari itu di instagram. Ya mungkin saja dia sibuk. Biarlah usah fikirkan tentang dia.

Hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba perjalanan mengambil masa sehingga 12 jam. Sepanjang perjalanan mata tidak mampu aku lelapkan. Aku menoleh kebelakang dan melihat rupanya. Sungguh tampan dan mengenangkan hati. Kemudian aku menoleh lagi, tersenyum sendiri. Syukur, tiada siapa yang duduk di sebelahnya. Dia maha mendengar.

Sepanjang pergi dan balik tiada seorang perempuan yang mahu duduk di sebelahnya. Melainkan dia yang mahu duduk di sebelah si perempuan. Benarlah, kemana-mana pun jejaka ini dia tetap tampan. Tidur, bangun, jalan tapi tetap punya kekurangan.

Di dalam bas, banyak kenangan yang tercipta tetapi untuk bercakap dengannya aku belum cukup tabah. Aku melayani bercakap dan berkata dengan semua lelaki tetapi aku belum mampu membuka mulutku untuknya. Entahlah, aku cuma tidak mampu dan gagap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience