SUKAN DI PERTEMUKAN

Short Story Series 1421

Pertandingan Mahasiswa 2017 aku di pertemukan lagi. Kali ini rasa ku tidak lagi membenci tapi entahlah. Aku suka melihat lelaki itu tanpa kaca mata. Dia lebih tampan.

Seperti biasa Aku menyertai pertandingan bola jaring. Menjadi penjaring bukanlah satu hal yang mudah. Fokus harus terjaga. Penjaring memang satu kerja yang sangat stress lebih-lebih lagi bila kau tidak dapat menjaringkan gol.

Bila mana manusia berharap kepada engkau sedangkan engkau seorang pemain bola baling serta bola keranjang suatu ketika dahulu dan hanya menyertai latihan bola jaring saat tingkatan 5 dan latihan sekadar 3 minggu untuk pertandingan bola jaring sebagai GK.

Bayangkan bagaimana tertekannya diri ini saat mereka semua mengharapkan yang terbaik walaupun aku sudah buat yang terbaik. Sebagai seorang penjaring. Maria tutaia juga memerlukan latihan yang cukup untuk menjadi penjaring yang berbakat seperti dirinya sekarang.

Pertandingan kali itu kami menang tipis bermain dengan team UCSF. Sepanjang perlawanan Futsal lelaki mataku hanya tertancap kepada dia. Dia yang aku lihat pada ketika dia tidak memakai kaca mata. Mata itu tanpa kaca mata itu membuat aku jatuh cinta.

Aku jatuh cinta kepadanya dalam sekelip mata kerana itulah pandangan di harus di jaga. Dari mata turun ke hati.

Aku melihat permainan dan rentak permainannya yang begitu hebat. Wow. Dia membuatkan aku tertarik kepadanya. Aku mudah jatuh cinta dengan seorang atlit sukan lelaki. Mereka nampak bergaya walaupun tidak bergaya sebenarnya.

Permainannya amat memukau mataku pasti wanita di luar sana lebih terpukau dengan aksinya yang begitu. Dia mula nampak tampan di mataku. Hanya kerana sebuah pandangan mata.

Pasukan College kami berjaya menjadi tuan rumah untuk perlawanan seterusnya. Kali ini dia tidak duduk di sebelah perempuan tapi di tempat kosong yang perempuan mendudukinya. Ya, dia remaja kegilaan College kami dan aku menjadi satu di antaranya.

Aku befikiran bahawa hanya perempuan meminatinya nyata lelaki juga. Bukan maksud aku Gay. Kata kawan lelaki kepada kawan perempuanku. Dia sempurna. Perfect 10, semua perempuan mahukan dia. Aku membida kenyataannya kerana aku seorang sahaja yang tidak terjatuh cinta padanya dan Itu sebelum aku jatuh cinta padanya.

Sekarang? Aku terasa seolah aku sahaja yang boleh meminatinya.

Siapa dia? Asal usulnya bahkan aku juga tidak mengetahui dari mana asalnya. Aku tidak mengetahui siapa dirinya yang telah membuat aku jatuh cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience