BBQ TANJUNG ARU

Short Story Series 1421

Beberapa hari selepas pertandingan. Pasukan kami di beri rewards dengan BBQ bagi meraihkan kejayaan kami.

Semua turut hadir ketika itu. Namun kelibatnya tidak kelihatan. Kami berpakaian pink seragam. Aku berputus asa. Mungkin saja dia tidak menyukai aktiviti seperti ini. Berpanas-panas di bawah mata hari.

Aku melihat mereka bermain bola. Aku mahu menyertai mereka tapi aku tidak sanggup kerana mereka lelaki. Aku sekadar melihat mereka dari jauh. Sambil bermain-main di pantai. Pasir di waktu pagi dan aku berasa panas.

Kami di kumpulkan di satu tempat sementara yang lain masih bermain-main.


Aku melihat Dayyana bermain pasir sendirian. Aku hanya mampu bermain bola tampar ini bersama rakan-rakanku yang lain. Dayyana tidak sering bersama-sama temannya. Gadis ini ada sesuatu yang aku suka.


Kami berkumpul. Melihat tiada kehadirannya membuatku berasa lemah. Aktiviti kami sebentar lagi akan bermula. Aku menanti kehadirannya. menanti dengan sabar.


Aktiviti kami bermula. Di bariskan menjadi dua barisan. Aku melihat kelibat seseorang aku melihat lagi bukan orang yang aku tunggu. Aku kemudian menunggu lagi seorang berbaju hitam, tshirt putih dan berseluar pendek hitam menuju ke arah tempat kami. Aku mendongakkan sedikit kepalaku. Ternyata dia. Dia telah datang. Hariku mula terasa bahagia. "Crushhhh aku dataaaaang" tetapi tidak menunjukkan riaksi. Muka tampak kosong.


Aku melihat mukanya. Mengambil gambar kiri dan kanan. Kemudian aku beralih. Mencari di mana dan bagaimana cara agar aku melupakan rupanya.


Aku tidak suka perasaan ini. Terlalu berimaginasi terhadap apa akan jadi. Aktiviti kami berjalan seperti biasa.


Sehinggalah pada satu tahap di mana dia berdiri di sebelah aku. Bayangkan tahap histeria seorang perempuan itu ketika Crush berada di sebelah.Seperti mahu gila. Tangan rakan ku di gengam kemas. Semua berebut-rebut untuk berpegangan tangan dia. Ya dia menjadi rebutan. Dia berada di sebelah kananku. Aku melihat dia, dia juga melihat aku tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu tangannya di pegang.


Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Aku tidak berani mahu kesebelahnya, semua menolak ingin memegang tangannya. Aku berdoa supaya ada seorang yang mahu menggantikan aku. Muhur ciara mahu menggantikan aku. Aku berpeganggan tangan bersama ciara. Ciara seorang yang pendek. Namun itu yang membuat aku bengang. Dia suka membuat aku bengang. Pelbagai macam cara dia lakukan.


Aku cemburu, Ya. Menyesal? tidak. Lagi pula aku tidak pernah memegang tangan lelaki dan ianya bukan satu kebiasaan bagi ku. Aku takut satu hari jika aku terbiasa memegang aku tidak mampu untuk melepaskan.


permainan terakhir ini amat menguji dengan sikap ku yang pemalu di hadapan lelaki. Aku benar-benar tidak mahu bersama-sama namun aku tetap teruskan.


Usai saja permainan ini, aku pergi bermain bola sepak bersama seorang senior. Dia menjadi keeper. Senior ini aku gelar sebagai iriz. Ya, dia mahu menjadi penjaga gol. Beberapa kali percubaan aku cuba untuk menjaringkan gol namun gagal. Ketika aku teringat bahawa permainan ini memerlukan permainan mata dan aku menjaring. Jaringanku tepat pada sasaran. Aku menjerit kegembiraan sambil aku melompat-lompat.


Aku mengambil bola yang baru sahaja aku tendang. Aku melihat crushku menuju ke tempat kami bermain bola. Aku berasa malu kemudian bola itu aku serahkan kepada dia. Aku melihat dia menyepak bola itu tetapi tidak gol. Aku berdiam diri. Lalu aku melihat kawan-kawanku bermain bola jaring, aku menyertai mereka dan memerhatikan crush dari jauh. Tidak lama selepas itu diar berhenti bermain. Aku akur.


Perasaan ini tidak begitu dalam hanya sekadar crush. Aku melihat kegembiraan dia aku juga turut gembira. Aku juga mengetahui bahawa dia punyai teman wanita. Asalkan dia bahagia.


Selesai segala permainan, kami menuju pulang menggunakan kenderaan yang di sediakan. Ketika dalam perjalanan pulang, aku melihat sebuah kereta yang amat menarik perhatianku. Aku memerhatikan kereta dari depan ke belakang. Smart. Itu sahaja yang berada di mindaku. Aku melihat kehadapan kereta lalu melihat simbol sesuatu. Aku seperti pernah melihat nama yang terlekat pada stiker kereta ini. Lalu ku teringat sir yang berada di kampusku. Mungkin dia, setelah itu aku melihat si pemandu.


Mata bertentangan sedikit lama kemudian aku tewas. Matanya bulat. Mata yang mampu mencairkan wanita. Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Barang kali dia terfikir akan aku yang gemuk. Dia tidak sukakan wanita yang gemuk. Barangkali waktu itu dia amat jijik denganku. Berat mencecah 81KG.


Aku akan berusaha untuk move on selepas dari aktiviti ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience