BENCI JADI CINTA

Short Story Series 1421

Hari demi hari pun berlalu. Berada di college seperti biasa belajar dan menjalani kehidupan hari-hari biasa.

Kuliah pagi itu membosankan dan Dayyana tidak mampu untuk menumpukan perhatian. Aku memerhati Dayyana seolah mengantuk sementara menunggu rakan serumahnya habis kuliah. Sementara itu dia duduk di kerusi berdepan tangga. Duduk diam dan memerhatikan keadaan sekeliling yang sunyi dan sepi. Buku nota di bukanya melihat isi kandungan yang berada di dalam. Satu persatu di belek.

Sekumpulan lelaki melalui tempat duduk Dayyana. Ahh, Dayyana mendongakkan kepalanya. Kemudian tertunduk. Kaku menjadi patung tidak bergerak.

Bisinglah aku nak hafal semua benda ni pun tidak dapat bebel hati Dayyana. Kepalanya di dongakkan. Niat mahu marah di matikan. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang mengenakan seluar panjang dan berbaju tshirt biasa. Tanpa mengenakan kaca mata. Jantungnya berdegup kencang. Matanya di tundukkan membaca buku. "Astaghfirullahalhazim".

Dia diam kaku. Sekumpulan Lelaki itu menuju ke tangga tetapi Dayyana masih sahaja kaku. Bahuku di tepuk. "Jom" rakanku membawa aku pulang. Aku memerhatikan gadis itu.

Aku lihat kakinya. Berpusing dan menghadap aku. Di tangga itu, mereka belum turun. Perbualan apa aku tidak tahu tapi jantungku seolah-olah mengalahkan kereta lumba ferari. Buku nota seolah Novel yang aku bacaku tutup rapat. Mereka masih belum beralih.

Di tangga dan nafasku seolah terhenti. Beberapa minit kemudian mereka beralih turun. Nafasku hembuskan seperti menahan beban yang kuat. Dadaku sakit. Aku pegang dada yang sakit itu. Apakah perasaan ini. Bercampur baur. Aku tidak mengerti. Rakan ku turun dan kami beralih pulang kerumah. Setelah itu aku tidak tahu di mana keberadaannya. Sehinggalah tahun depan. Orang itu aku jarang bertemu atau terserempak dengannya di College. Mungkin dia mempunyai aktiviti lain. Atau mungkin dia seorang senior di Universiti. Atau mungkin dia bakal graduate sebelum aku.

Otakku ligat berfikir. Cinta? Aku berpegang pada Cinta. Membiarkan waktu menemukan kita. Berbicara Soal Cinta. Aku pernah jatuh cinta dan bercinta dengan seorang jejaki yang tidakku kenali paras rupanya. Perkenalan melalui telefon bimbit yang padamulanya tersalah nombor telefon. Clishe bukan? tapi itulah cinta pandang pertama aku dengan mereka yang bergelar lelaki. Eh, Cinta telefon bimbit kali pertama.

Aku berpegang pada janji ketika usiaku 14 tahun. Betullah kata-kata yang dipetik dari sebuah drama. "Cinta itu berpihak pada orang yang salah" dan aku mengakuinya aku terjatuh cinta pada orang yang salah. Nama lelaki itu? Mohd Rizal dan aku memperkenalkan namaku Dayang. Dayang Teyun. Pelik? Ya dia bercinta dengan seorang yang bernama Dayang Teyun.

Aku menyesal kerana melepaskan dia pergi tapi biarlah sejarah dan menjadi kisah silamku. Disebabkan rasa ini aku tidak mampu bercinta sehingga usiaku yang sekarang. Melepaskan dan penyesalan memang satu gandingan yang hebat. Janji Cinta bukan satu permainan.

Cinta usia ini bukan satu permainan. Bukan cinta monyet bagiku kerana aku masih sayang kepada lelaki itu. Pintu hatiku tertutup untuk mana mana lelaki yang datang sehinggalah hari ini. Aku jatuh cinta dengan seorang yang humble. Aku tahu dia tidak menyedari kewujudanku. Mana mungkin orang setampan dia tidak mempunyai teman wanita.

Sudahlah biarkan saja perasaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience