BAS

Short Story Series 1421

Selesai sahaja acara Sukan Mahasiswa IPT Zon sabah yang berlangsung di KYS yayasan sabah mereka semua menuju ke sebuah bas untuk balik. Bas yang telah di sewa oleh college kami. Semasa dalam perjalanan ke bas. 3 orang dari pemain Bola Jaring memberitahu ahli kumpulan yang lain bahawa mereka akan ke tandas.

Aku melihat perempuan itu dari jauh mula melangkah perlahan. Aku tahu pasti kerana lelaki yang memenuhi ruangan bas tersebut. Azlina dan sunita sudah melangka naik menuju ke tempat duduk yang kosong. Tinggal sebuah kerusi kosong yang tersedia.

Aku melihat Dayyana berdiri sambil memerhati lelaki dengan kaku. Bukan aku tidak mengetahui bahawa Dayyana seorang yang takutkan lelaki. Mengapa? Aku sendiri tidak tahu. Aku melihat mukanya yang pucat.

"Kau duduk saja dekat sana. Bukan juga kau kena rogol oleh diorang. Diorang pun tidak bernafsu mahu tengok kau" kata Ahcong pemain bola tampar lelaki. Dayyana berjalan perlahan sambil beg di pegang ketat.

Dayyana duduk di belakang kerusiku yang kosong. Aku berpaling ke kerusi sebelah. Melihat lelaki yang berkaca mata sambil memasang earphone di telinganya. Geram dengan perangai lelaki itu. Lelaki berkaca mata itu duduk di sebelah perempuan. Cubalah lelaki itu bertimbang rasa untuk tidak duduk di sebelah perempuan itu.

Dayyana berdiri sambil mengambil cermin mata lelaki itu kemudian di patahkan menjadi dua. Dayyana merasa tubuhnya di goncang. "Dayyana nah MCD yang miss janji tadi" Dayyana tersedar dari khayalannya. "Terima Kasih" kata dayyana sambil tersenyum.

Aku berimaginasi rupanya. Semua ni sebab lelaki nilah. Tulah aku benci lelaki dari dulu sehinggalah sekarang. Perangai yang sama sahaja. Lelaki pergi mamposlah. Aku benci kauorang semua. Aku melihat lelaki berkaca mata tersebut. Dengar renungan yang tajam namun tidak diperdulikan oleh lelaki itu dia tetap sahaja memandang ke luar tingkap bus. Membebel sahaja Dayyana di hatinya.

Lelaki kurang ajar. Kenapa mesti duduk di sebelah perempuan akhirnya aku yang terpaksa duduk di sebelah lelaki ni. Hidupnya akan malang selepas duduk di sebelahku. Dayyana menoleh ke arah lelaki yang duduk di sebelahnya. Tidur dalam keadaan mulut tidak tertutup. Dayyana memandang semula ke hadapan dan duduk dalam keadaan tidak selesa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience