BAB 2

Romance Completed 5833

“Isya! I’m talking to you.”

Jerkah Sir Darwis.

Isya tersentak.

“Opocot mak kau.”

Spontan mulutnya melatah. Kedengaran ketawa kecil mula memenuhi dewan kuliah. Sir Darwis sudah menajamkan matanya ke arah Isya. Tangannya mencekak pinggang persis seorang bapa yang marah akan anaknya.

Isya tertunduk. Mukanya merah menyala. Itu la…berangan lagi masa dalam kuliah. Kan Sir Darwis dah jadi singa. Misai dia tu mengalahkan Wak Doyok. Punyalah lentik. Semak je Isya tengok.

“Hmmm…sorry sir. I’m just thinking about some problems. I feel…”

Isya berani bersuara.

“Feel what? Sleepy? Sick? If you sick or sleepy, please, you can take your bag and go out of my class.”

Kata Sir Darwis.

Sir Darwis memang terkenal dengan sikapnya yang tegas terhadap mahasiswa dan mahasiswi di situ. Lecturer yang paling cemerlang di Universiti Sains Malaysia.

“No sir. I’m just…”

Isya tidak tahu bagaimana untuk berkata-kata. Mata Sir Darwis yang tajam menatapnya menyebabkan dia berasa gerun.

Sir Darwis menarik nafas sedalam-dalamnya. Begitu juga Isya yang dari tadi berdiri kaku. Peluh mencurahi badannya ketika itu.

“Okay Isya. Disebabkan awak mengelamun dalam kelas saya hari ini, awak kena terangkan balik apa konsep sains dan Islam yang saya terangkan tadi.”

Sir Darwis cuba menguji kepintaran Isya. Isya gelabah.

“Sir, saya akan cuba jawab dengan sebaik-baiknya walaupun saya tidak berapa pasti.”

Tegas Isya yang berazam. Dirinya tiba tiba rasa tercabar.

“I don’t care. Just tell about it to us. Silakan.”

Sir Darwis duduk di kerusinya. Tangannya disilangkan tanda menunggu jawapan daripada Isya. Isya nervous. Semua mata memandang ke arahnya. Bolehkah dia? Mampukah dia? Isya menarik oksigen secukupnya.

“Bismillah. Mungkin jawapan saya ini tidak tepat dengan apa yang dibentangkan oleh Sir Darwis sebentar tadi. Tapi insyaAllah, saya akan cuba dengan sebaiknya.”

“Baiklah. Konsep Sains Dan Islam. Seperti mana yang kita telah diberitahu, sains dan Islam saling berkait antara satu sama lain. Dalam konteks sains, ilmu kewujudan alam mahupun perkara yang berlaku dalam alam semesta ini merupakan hasil ciptaan-Nya. Sebagai contoh, Allah menjadikan oksigen dan karbon dioksida kepada manusia dan tumbuh tumbuhan dalam bergantung antara satu sama lain. Dari segi logik keagamaan, oksigen telah diciptakan untuk pelbagai benda seperti proses pembakaran, respirasi…”

Petah betul Isya berbicara.

“Okay cukuplah tu Isy…”

Sir Darwis mencelah.

“Minta maaf sir. Bukan itu saja, sains dan Islam juga telah melahirkan ramai saintis Islam di negara kita. Ini menunjukkan bahawa konsep sains dan Islam amat tepat dan saling mempemgaruhi satu sama lain…itu saja sir.”

Tamat sudah penerangan Isya. Orang ramai masih leka dengan percakapan Isya sebentar tadi. Wow…hebat.

“Hmm…bagus betul awak ni Isya. Memang masih mengekalkan status awak sebagai mahasiswi yang paling cemerlang di kampus ini. Walaupun dua tiga hari ni memang sering mengelamun. Entah apa yang difikirkan.”

Pujian dan sindiran oleh Sir Darwis. Isya rasa sedikit bangga dan malu. Rakan-rakan kampus yang lain mula memberi sorakan dan tepukan. Semuanya puas dengan penerangan Isya sebentar tadi. Memang tepat dengan apa yang telah dipercakap oleh Sir Darwis semasa Isya tengah berada di awangan.

Isya duduk kembali. Lola yang dari tadi duduk di tepinya segera menulis sesuatu di atas sekeping kertas kecil dan memberinya kepada Isya.

“Apa yang kau fikirkan sampai termenung jauh tadi?”

Isya membaca isi kertas itu.

Isya menulis kembali dan memberinya kepada Isya. Tercatat satu perkataan di situ.

“Lelaki Bertopi Biru Laut.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience