BAB 4

Romance Completed 5833

“Buat tabiat ke apa Isya? Kenapa dari tadi aku tengok muka kau macam monyok semacam. Macam mengelamun dalam kelas Sir Darwis haritu.”

Lola menegur Isya yang masih teringat akan kejadian 18 tahun lalu. Walaupun ia kejadian yang sangat kecil, tetapi ia amat bermakna buat Isya kerana kali pertama, ada seseorang yang telah mengetuk pintu hati Isya.

“Kes aku ni susah nak diceritakan. Aku rasa, memang mustahil nak dipulihkan.”

Kata Isya setelah tersedar daripada lamunan.

“Kes apa? Pasal lelaki bertopi tu?”

Soal Lola meneka. Isya mengangguk perlahan.

“Itulah kau Isya. Perkara yang dah lepas, kau kenangkan balik. Ha, sekarang ni, siapa yang merana? Kau jugak kan?”

Bebel Lola. Mulutnya tidak henti-henti menasihati Isya.

“Kalau setakat benda yang 2 atau 3 tahun lepas logik la. Tapi ni dah 18 tahun. 18 tahun! Kau rasa dia wujud lagi ke? Maybe dia dah…..”

Sambung Lola.

“Yes. Hati aku ni tak pernah salah. Aku dapat rasakan yang dia masih wujud. Cuma kedudukannya sekarang sama ada dekat atau jauh dengan aku.”

Isya mencelah. Lola hanya mencebikkan bibir.

“Eleh! Kau main lah dengan firasat hati kau tu. Geli aku dengar. Whatever la kau ni. Biarlah diri kau tu merana.”

Lola meneguk Jus Oren untuk mengeringkan tekaknya. Isya hanya melepaskan keluhan yang panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience