BAB 8

Romance Completed 5833

Seperti selalu, ‘lelaki bertopi biru laut’ sering muncul di minda Isya. Kehadiran Ady aka Mr. Arrogant Handsome tidak langsung menarik perhatian Isya. Hanya Lola sahaja yang sering tersengih.

Hari ini, Isya berdiri di taman permainan dahulu. Tempat di mana dia dan ‘lelaki’ itu berjumpa buat kali pertama. Air matanya mula bertakung. Sebak. Mungkin, saat inilah. Dia harus terima bahawa lelaki bertopi biru laut itu tidak akan muncul kembali. Dia membuka kotak yang berisi lolipop dan…..topi berwarna biru laut. Diusap perlahan kedua-dua benda tersebut.

Tiba sahaja di rumahnya, Isya kaku.

“Kenapa banyak sangat kereta? Orang pun ramai.”

Bisik hati kecilnya.

Dia meluru masuk mendapatkan ibunya.

“Ibu, kenapa ramai sangat orang?. Diorang datang nak buat apa?”

Soal Isya yang hairan. Ibu hanya menyuruh Isya supaya pergi ke taman di belakang rumah mereka.

Walaupun Isya pelik, dia tetap patuh. Apabila dia tiba di taman, dia hanya dapat melihat sesusuk tubuh seorang lelaki yang memalingkan mukanya ke arah lain.

Langkahnya terhenti berdekatan dengan lelaki itu.

“So, awak lah Isya kan? Nur Husna Qalisya Binti Yazid?”

Tanya lelaki itu. Isya terpaku. Dia tidak tahu menahu bagaimana lelaki itu boleh mengetahui namanya.

“Kenal tak siapa saya?”

Soal lelaki itu lagi.

Pantas Isya menjawab, “tak.”

Lelaki itu memalingkan mukanya. Kini, terserlah wajah sebenar lelaki itu. Isya terkejut. Mulutnya ternganga. Ady? Kenapa Ady datang sini?

“Saya ialah Ady. Nama penuh Adryan Aqasyah. Awak ingat lagi tak?”

Memori 18 tahun lalu mula kembali dalam ingatan Isya. Tetapi, itu tidak cukup.

“Awak ingat tak budak lelaki yang selamatkan awak daripada dibuli. Dia bagi awak lollipop.”

Jelas Ady lagi.

“Awak ingat tak, budak yang memakai topi berwarna biru laut…..itu ialah saya.”

Pengakuan Ady akhirnya menamatkan kesengsaraan Isya. Isya masih terkejut. Ady mendekatinya. Dia memegang kedua-dua belah tangan Isya.

“Awak tak banyak berubah. Sama aje seperti dulu.”

“Sebenarnya, saya agak terkejut bila tahu awak ada di dalam kuliah yang sama. Sebab tu lah saya sombong. Tetapi hari ni, saya harap kita boleh lupakan memori 18 tahun lalu.”

Sambung Ady.

Isya masih kaku kerana tangannya dipegang oleh Ady.

“Kita mulakan memori baru, sebagai pasangan suami isteri. Bolehkah wahai Isya kesayanganku?”

Ady mengeluarkan cincin lalu menghulurkannya kepada Isya.

Isya tersentuh. Matanya mula bergenang dengan air mata. Dia hanya menghulurkan tangannya dan mengangguk membuatkan Ady gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience