“Oh my god! Tengok siapa tu? Perempuan yang suka mengelamun dalam kuliah. Hahahaha.”
Erika menyindir Isya. Lola yang berjalan bersama Isya berasa marah. Hendak sahaja dilenyekkan muka si ‘perempuan bangang’ tu. Rambut pun macam cat merah tumpah atas kepala. Baju pun macam tak mampu nak beli. Tinggal separuh aje.
“Eh Erika, sudahlah. Kitorang tak cari pasal dengan kau pun. Yang kau sibuk apehal?”
Tanya Lola yang sentiasa melindungi Isya. Isya menarik tangan Lola dan menggelengkan kepalanya.
“Hmmm..guys…tengoklah. Perempuan yang kena marah dengan Sir Darwis sebab mengelamun. Nampak sangat suka berangan.”
Suara Erika yang menjengkelkan didengari oleh rakan sekuliah yang lain. Semua orang ketawa. Isya hanya senyap dan tidak menghiraukan ejekan itu. Hanya Lola sahaja yang dari tadi timbul sahaja urat-urat dikepalanya. Tangannya sudah digenggam membentuk satu penumbuk.
“Bilalah aku boleh tumbuk betina tu?”
Getus hati Lola. Dia mengabaikan.
Sejurus selepas itu, Sir Darwis tiba seperti selalu. Baju kemeja dan blazer sentiasa tersarung kemas bersama tali leher yang ber‘kontra’. Tetapi, hari ini lain dari hari yang biasa. Muncul satu susuk tubuh seorang lelaki masuk ke dalam dewan kuliah tersebut dan berdiri di hadapan Isya, Lola dan mahasiswa, mahasisiwi yang lain.
Kedengaran para mahasiswi mula memuji lelaki itu.
“Hensemnya.”-Batrisya
“Haa. Tinggi pulak tu. Macam Aiman Hakim Ridza.”-Dania
“Aku rasa aku dah jumpa jodoh aku. Please be my love.”-Lilia
Sementara yang sibuk memuji, Isya termenung. Dia tidak berminat dengan mana mana lelaki pun kecuali ‘dia’.
Setelah lelaki itu memperkenalkan dirinya, dia bingkas meluru ke arah tempat duduk. Semua pandangan terpaku kepadanya. Semua pelajar lelaki cemburu. Semua pelajar wanita terpesona. Isya hanya termenung jauh. Setelah tersentak, dia kembali ke dunia sebenar.
“Weh! Nama budak baru tu apa?”
Soal Isya perlahan.
“Laaa..kau tak dengar ke tadi. Dia suruh kita panggil dia Ady je. Hensem pun hensem. Tinggi jangan cakap la. Memang 100% perfect.”
Puji Lola.
Isya hanya melihat muka Lola yang kali pertamanya berbunga indah.
“Euuu…gelilah kau ni.”
Isya hanya menggeleng-gelengkan kepala. Lola tersengih seperti kerang busuk.
Share this novel