“Aduh! Sakitnya kaki ni.”
Suara seorang wanita dalam lingkungan 40 an mengejutkan Isya yang sedang berjalan berseorangan. Dia pantas menghulurkan bantuan kepada wanita itu dengan membawanya ke klinik dan seterusnya pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah wanita itu, mulut Isya terlopong. Villa tiga tingkat sedang berada di depan matanya sendiri. Tetapi, dia tetap membantu wanita itu dengan memapahnya hingga ke ruang tamu.
Isya duduk dengan segan. Wanita itu mempelawa banyak makanan sebagai tanda terima kasih.
“Anak, terima kasih tolong mak cik ye.”
Kata wanita itu kepada Isya.
“Kaki mak cik tu sakit. Banyakkan rehat ye. Jangan buat kerja-kerja berat.”
Nasihat Isya membuatkan wanita itu tersenyum.
“Anak nama apa?”
“Qalisya mak cik. Nur Husna Qalisya. Panggil Isya aje.”
“Isya, terima kasih sangat-sangat sebab dah bantu mak cik. Kalau tak ada Isya tadi, tak tahulah apa jadi dengan mak cik.”
Tutur wanita itu. Nadanya menyejukkan hati Isya. Lembut dan menenangkan.
Isya segan. Dia hanya tersenyum.
“Isya, kalau Isya tak kisah, bolehlah jumpa dengan anak mak cik dulu.”
Sambung wanita itu lagi.
“Eh! Takpalah mak cik. Saya pun ada hal ni. Nanti kalau ada rezeki, kita jumpa lagi ya.”
Isya mengambil begnya lalu bergerak pulang.
“Assalamualaikum.”
Tuturnya kepada wanita itu.
Share this novel