Bab 11

Romance Series 9494

"GIRLFRIEND?"

Aku buat wajah terkejut.

Aku memandang mereka silih ganti dalam diam. Seorang kacak dan seorang lagi cantik sahaja. Kalau masukkan nama mereka dalam Best Couple Award, pasti mereka yang dapat namun si lelaki nampak tidak gembira. Tak tahu kenapa dan sebabnya.

"Kenapa? Awak tak suka ke?" Soal Rose mengendur. Dia macam tiada keyakinan untuk bersuara.

Aku tersenyum nipis.

"Bukan... Status girlfriend tak sesuai," ujarku berhenti seketika. Sengaja dilambatkan ayatnya, nak buat suspen.

Rose terkejut dengan apa yang aku katakan. Stuart seakan tenang. Sangat tenang. Baru sahaja Rose mahu membuka suara, aku lebih pantas memotong percakapannya sebelum timbul salah faham. Bahaya kalau tidak menjelaskan kata-kataku, mahu menangis orang itu apabila orang luar sepertiku juga tidak bersependapat dengan dia.

"Cik Rose sesuai dengan status 'fiancee' ataupun 'wife' sebab cik Rose dan bos memang sepadan. Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua gitu," usikku seraya tersenyum lebar. Mereka nampak sweet apabila bersama.

Pipi Rose mula kemerahan dan mula tersenyum sumbing manakala Stuart berdecit geram.

"In her dream," bantah Stuart secara tiba tiba. Terselit nada dingin pada suaranya.

Serta merta senyuman Rose mati mukanya seperti menahan malu dengan apa yang dikomen oleh Stuart. Aku terkelu. Sampai hati dia cakap macam itu dekat teman wanita dia. Tak berhati perut. Aku tak sangka yang ayat itu akan meniti keluar dari bibir lelaki itu. Aku ingat dia akan menyokong.

Sangkaanku meleset.

"Encik tak baik cakap macam tu," tegurku.

Aku layak untuk menegurnya kerana dia telah mehancurkan hati seorang wanita yang tidak bersalah. Aku layak menegur kerana aku seorang wanita. Seorang yang memahami isi hati wanita lain.

"None of your business," putusnya keras.

Aku menelan air liur saat melihat wajahnya daripada pantulan cermin depan itu, ekspresi garang dan marah jelas terpancar diwajahnya.

"Encik tahu tak? Dalam agama saya membuat seorang kaum hawa menangis iaitu kaum wanita, hukumnya berdosa." Aku menerangkan kepadanya dengan ilmu yang aku dapat semasa menghadiri ceramah selepas solat isyak di masjid berdekatan rumah aku.

"She's not even crying and that is your religion not mine so shut up. You just annoying like her noisy," kritiknya sambil mata fokus memandang jalan raya.

Mata aku membulat.

Annoying?

Hati panas!

"How do you know she's not crying? Are you a magician? Are you that special can read people's mind?" Tembak aku. Suka hati cakap dia Cik Rose tak nangis.

"Look at her. Do you see she is crying?" Aku memandang Rose yang diam tak terkutik. Dia seakan mahu menangis, nak sahaja aku lastik kepala batu teman lelaki dia yang suka membuat keputusan dan andaian sendiri.

Aku menggeleng.

"So obviously, she's not crying," balasnya mendatar.

"No! You are wrong. It's true that she's not crying but she must crying inside, badly. You too fast on judging someone. I give you one moral, don't judge a book by it's cover. Your predict is wrong. You know nothing about woman," dekatku geram.

Dia nampak sedikit tergamam denganku. Kelihatan dia mengetap rahangnya sehingga timbul urat hijau dilehernya. Dia menjeling aku sekilas kemudian melepaskan keluhan berat.

"Rose... I'm sorry." ujarnya perlahan. Sangat perlahan.

Rose tergamam. Dia menoleh memandang Stuart yang sedang memandu. Seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengari. Walaupun perlahan namun dia dapat tangkap apa yang Stuart cakapkan.

"W-what?" Tanya Rose gagap. Masih terkejut dengan Stuart.

Lelaki itu minta maaf kepadanya? Are you kidding me? This.. this is first time? Why he did this? Why? Is it because of her? Matanya menoleh sekilas ke arah si gadis bertudung di seat belakang.

Sekali lagi Stuart menghela nafas berat.

"I said I'm sorry." ulangnya lebih jelas.

"I.. I forgive you," balas Rose lalu memandang jari jemarinya yang berada di atas peha. Pipinya berona merah.

Aku tersenyum melihat mereka berdua. Mereka dah berbaik, hela nafas lega dilepaskan. Aku tumpang gembira. Kenapa aku turut teruja sangat ni?

Aku menjeling sekelis jam ditangan dengan senyuman lebar. Pukul tiga empat puluh minit petang. Aku pandang semula ke hadapan. Sekelip mata dahiku berkerut pantas aku melihat semula jam tangan. Aku tenung jam tangan itu. Lama otak aku berfungsi.

"What!" Terjerit aku di dalam kereta Stuart.

Rose yang sedang memaikai lipstick dibibir terkejut dengan jeritan gadis bertudung, terus tercomot bibir dia. Calitan lipstick terus mengenai hidung. Dia memusingkan badannya sedikit untuk melihat gadis bertudung itu.

"Awak kenapa?" Tanya Rose hairan.

Aku gelisah buat sementara. Soalannya dibiarkan sepi. Mataku melilau memandang sekeliling. Papan tanda petronas menangkap perhatian aku. Aku bersyukur kerana muncul petronas. Kalau tunggu sampai pejabat, memang tak sempat ini. Boleh terlepas waktu kalau aku tidak berhenti di mana-mana surau atau masjid.

"Awak kenapa? Nama awak siapa? Dari tadi saya tertanya." Rose tampak bingung dengan tindakan aku yang seakan hilang anak. Macam mana tak gelisah. Solat Zohor belum ditunaikan lagi.

"Nama saya Robin, Neny Robin." Terang aku. Senyuman manis aku lemparkan.

"Encik?" Aku memanggil bos aku. Dia yang sedang memandu itu memandang aku sekilas.

"What?"

"Saya... Saya nak solat boleh encik singgah petronas sekejap tak? Sekejap sahaja dalam sepuluh minit macam itu," pintaku dengan gelabah. Aku wajib singgah petronas itu. Bangunan bos aku pun tak dapat jejak lagi.

Rose dan Stuart diam mendengar aku berkata solat. Daripada segi fizikal yang boleh aku tafsir, mereka berdua ini bukan agama Islam. Tengoklah Cik Rose dia memakai rantai lambang salib manakala bos aku semestinyalah dah tahu dari awal.

Dia mengangguk.

"Cik Rose, tadi saya nampak ada warna merah dekat hidung Cik Rose." Sebenarnya daripada tadi aku nak tegur dia tetapi tadi bersibuk sangat fikir cara nak pergi petronas. Baru sekarang dapat beri tahu.

"Ya ke? Janganlah panggil saya Cik Rose panggil saya Rose aje." Tangan dia sibuk mencari sesuatu di dalam beg bimbit yang berada di atas peha. Apabila jumpa barang yang dikehendaki terus dia keluarkan. Cermin kecil rupanya. Mukanya dibelek setelah membuka cermin kecil.

Tisu yang berada di dalam dashboard diambil lalu dia menarik sehelai tisu dan mengelap warna merah yang berada dihidungnya.

"Mac-" Belum sempat aku mahu membuka suara, terasa kenderaan milik Stuart berhenti. Aku memandang keluar tingkap. Dah sampai petronas rupanya. Tanpa melengahkan masa aku mencapai beg yang berada disebelah lalu keluar dari kereta.

"Tunggu tau... Jangan tinggalkan saya tau, tau, tau." pesanku sebelum meninggalkan kenderaan tersebut.

Rose dan Start hanya memandang kelibat gadis itu dari dalam kereta sebelum hilang sebalik pintu yang mempunyai tanda masjid. Mereka berdiam diri selama sepuluh minit.

"Stuart... You tahu tak, I tak pernah jumpa perempuan sebaik dia. Dia orang pertama yang berani pertahankan I sebab you. Disebabkan itu, boleh I tanya you sesuatu?" Seletelah lama berdiam, Rose berani menanyakan soalan.

Stuart menoleh ke arah Rose. Kening sebelah dijungkit.

"You suka dia ke?" Soalan cepumas mengundang perasaan yang sukar ditafsirkan dalam diri Stuart. Dia terdiam dengan soalan Rose.

Di dalam kepala dia tak pernah terlintas untuk bercinta dengan gadis berhijab. Tetapi disebabkan gadis itu, entah kenapa dia cepat rasa bersalah selepas dia melakukan kesalahan yang melibatkan perasaan atapun benda lain. Rumit sangat. Dan apabila dia menghampiri gadis itu, terasa aura tenang yang dikeluarkan. Dia tenang dengan gadis berhijab itu.

"No... I don't," jawannya laju.

Namun jawapan itu bukan datang dari hati. Automatik ayat itu keluar daripada mulutnya. Dia malas memikirkan tentang hal ini.

"Are you sure? Just be honest with me, Stuart." bentak Rose. Rose memberi peluang pada Stuart untuk berkata benar. Terlalu banyak lelaki itu merahsiakan perkara yang dia terlepas.

"What are you talking about? You think I like her? Nonsense!" Marah Stuart.

"Dia cantik, lembut, baik dan penyayang orangnya and yet you said you don't like her? Cool," sindir Rose.

"Come sai che รจ adorabile e gentile? Stai scopando suo cugino?" Soal Stuart dingin.

(Mana kau tahu dia baik dan penyayang? Kau sedara dia ke?)

"Sebab aku nampak dia," jawab Rose. Tingkah laku Stuart yang kasar ketika bercakap dia dah terbiasa. Jadi dia tak ambil hati.

"Just stop this stupid topic, Rose." pinta Stuart perlahan.

Tiba tiba matanya tertancap pada gadis berhijab yang baru keluar dari bilik itu dengan wajah tenang. Tidak lekang senyuman si gadis apabila berjumpa dengan orang sekeliling. Stuart mendegus geram. Kenapa dengan dia gadis itu tidak senyum sebegitu.

"Look someone is falling in love here," sakat Rose. Matanya juga memerhati gelagat si gadis bertudung. Dia tersenyum nipis.

Stuart ralit memandang wajah ceria si gadis.

"Beautiful," puji Stuart perlahan tanpa sedar.

Rose memerhati tindakan Stuart dalam diam. Stuart tampak tenang dan suka apabila bersama gadis itu. Dia tersenyum hambar. Sakit dihati itu memang sakit apabila lelaki yang kita cintai suka perempuan lain. Walaubagaimanapun, gadis itu memang layak untuk Stuart.

"Patutkah aku bagi ruang dekat dia orang untuk berkenal?" gumam Rose perlahan.

Dia patut ambil langkah kebelakang dan memberi ruang kepada mereka.

Rose mengeluh perlahan.

Bersambung.

Dah lama tak udpate kan... Disebabkan itu saya bagi double update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience