Bab 7

Romance Series 9494

JARI JEMARINYA menggenggam erat antara satu sama lain, Kedua-dua hujung ibu jarinya bercantum beberapa kali menunjukkan betapa gugup dan risaunya dia waktu itu. Kedudukan tudung dibahagiannya kirinya yang tidak betul itu, dibetulkan secara pantas.

Robin hanya menunduk memandang lantai yang lebih menarik daripada wajah kacak majikannya. Tiada siapa yang mahu melihat wajah ketat Stuart daripada tadi dan tambahan pula merenung dirinya seperti mahu membunuhnya hidup-hidup.

Sekarang ini Robin berada di dalam bilik pejabat Stuart, majikannya. Sebaik sahaja Eiyad pulang terus Stuart menyuruh Robin masuk ke dalam pejabatnya. Dia yakin dia tidak buat kesalahan apa pun harini melainkan membawang pasal dia. Itu tak termasuk sebab dia tak tahu.

Selain daripada membawang dia cuma ketawa sahaja. Ketawa menyampuk semasa Stuart dan Eiyad sedang berbual.

Itu pun nak marah.

"Kenapa awak buat macam tu?" Soalnya mendatar. Mukanya tak usah dikata, bengis semacam.

"Saya tak sengaja," Jawab Robin. Jujur.

Memang dia tak sengaja. Mulutnya tidak boleh dikawal ketawa tadi kerana sudah sampai tahap maksimum menahan ketawa tapi niat lain tu adalah, curi-curi dengar.

"Tak sengaja atau sengaja?" Sindirnya. Robin mendongak memandang Stuart yang sedang tersenyum sinis. Dia benci riaksi wajah yang satu itu.

Dah orang kata tak sengaja tu. Tak sengaja lah! Tak akan sengaja pulak kan. Dah ketawa kalau memang dah tak boleh tahan memang terlepaslah ketawa tu. Ter eh. Ter! Tak akan nak simpan, nanti terkucil siapa nak cuci?

"Tak akan sengaja pula, encik. Orang dah kata kan tak sengaja gelak," Rungutnya tidak puas hati, ayat yang terakhir ditekankan agar Stuart memahami apa yang cuba disampaikan.

Hatinya perbanyakkan beristighfar agar dia menjadi orang penyabar. Dia tuduh kita, kita boleh diam tetapi kalau lebih batas maka ucapkanlah selamat tinggal kepada gigi anda.

Robin memberanikan diri cuba melawan mata biru cair yang menawan milik Stuart itu.

"Gelak?" Seketika wajahnya buat mimik hairan. Hilang sedikit muka ketatnya.

"Saya tak cakap pun pasal gelak." Sambungnya lagi. Mata Robin dah terkebil-kebil dekat situ.

Eh?

Kalau bukan gelak habis tu apa yang dimarahkan? Habis yang suruh masuk bilik bagai ni nak buat apa? Bukan ke nak marah? Kepalanya yang tak gatal dibaluti tudung itu digaru.

"Kalau macam tu? Encik cakap pasal apa?" Tanya Robin pelik. Hairan.

"Menggatal."

Stuart kembali menatapnya tajam. Meremang bulu romanya. Namun dia tidak dalat tangkap yang Stuart cuba sampaikan.

"Me? When? With who?"

Naik berang dia macam ni kerana sudah dua kali ataupun lebih satu kali yang berbanyak kali dituduh melulu-lulu tanpa bukti yang kukuh. Cuba terangkan bagi jelas agar tidak timbul buruk sangka.

"Answer on you." Lagi tambah berang dia. Kecil besar kecil besar aje dia tengok Stuart ni.

"Encik cakap aje lah siapa orangnya. Tak baik menuduh. Berdosa. Even though you don't know what sin truly mean." Robin memejam mata seketika sebelum dibuka semula.

"You like huh? Flirting with my friends whenever you want? I just don't want my reputation's company drop down because of someone clumsiness, dolce cuore. Plus I know what sin mean."

Suaranya seperti memujuk dan tiada lagi nada marah atau menuduh. Entah kenapa hatinya terasa remuk sedikit. Dia berasa sedih kerana tidak dipercayai.

"Never in my life I flirt with men when I'm on my duty, Mr Kim. Never be my attention." Ujar Robin dengan sedih.

Sudah jelas lagi mukanya sedih dan terasa dikecewakan. Tambahan pula pada hari pertama dia bekerja.

Diam. Sunyi.

Robin diam dan otaknya masih ligat berfikir untuk mencari gerangan yang dia cuba untuk menggatal. Lagi pula sejak bila dia menggatal dengan lelaki. Setahu dia pada hari ini dia tidak berjumpa dengan mana-mana lelaki.

Melainkan Eiyad.

Terbuntang mata Robin.

"Dengan Encik Eiyad ke?" Teka Robin dengan teruja. Tangannya dinaikkan diletak atas meja kaca hitam yang besar dan mewah itu.

"Exactly!" Muka dia berubah.

Robin terpempan. Majikannya tersalah faham bukannya salah dia mahupun Eiyad. Dia pasti Eiyad cuma mahu bergurau tetapi dia tidak layan kerana menjengkelkan.

Eiyad yang cuba mengganggu kerjanya sehinggakan dia terpaksa melayan kerenah lelaki itu sedikit, bukan dia yang berfoya-foya dengan lelaki itu.

"No. He's the one who disturbing me! That time I was doing my job. I was organizing your file that you gave me."

Robin cuba bercakap dengan ketenangan yang dicari.

Stuart gelak sinis. Perkara itu sangat dibencikan oleh Robin.

"Well. I didn't see that."

"Terpulang lah pada encik. Saya nak sambung kerja saya. Saya minta diri dulu." Dia meminta izin sebelum keluar. Rimas! Boleh pecah kepala otak bila duduk sini lama lama.

Haziqah! Teringat kawan dia. Rindu. Tak sempat dia nak mengucap selamat tinggal kepada Haziqah, kawan baiknya. Pasti gadis itu risau.

Baru sahaja beberapa langkah dia menapak pergi tanpa diduga tangannya direntap kuat dan membuatkan dirinya terpusing kebelakang semula. Membulat matanya apabila menyedari jaraknya dengan Stuart, sangat dekat kerana jurang diantara mereka hanya sejengkal sahaja.

Robin mendongak memandang wajah Stuart. Wajah lelaki itu dingin ketika memandangnya.

"E-encik?" Tergagap dibuatnya. Dia cuba melepaskan genggaman kuat itu namun semakin dia cuba meleraikan genggaman semakin kemas genggaman Stuart pada lengannya yang berlapik kain baju. Dia berputus asa untuk melepaskan diri. Jarak yang terlalu dekat siapa tak gugup.

Siapa tak berdebar.

"Never get to close to other man! Mark that." Serentak itu Stuart terus melepaskan genggaman di lengan Robin lalu berlalu keluar dari biliknya sendiri. Robin menggosok perlahan lengannya yang digenggam kuat bersama muka blank. Otak Robin melayang.

"Apa tadi tu?" Kepalanya sungguh tidak faham. Apa yang telah terjadi ni? Gadis itu terkebil-kebil di tengah tengah ruang bilik itu.

                  KEPALA Robin masih melayang memikirkan hal tadi? Kerusi yang boleh putar tiga ratus lapan puluh darjah itu daripada tadi tidak berhenti kerana Robin tidak habis-habis berpusing sehingga pening kepalanya. Dia berhenti lalu sandar pada kerusi dengan santai. Jari jemarinya mengetuk meja beberapa kali.

Semua butir cara yang majikannya katakan seakan-akan dia mahu menjauhkan dirinya daripada semua lelaki yang mendampinginya. Kenapa Stuart mahu menumpang jaga tepi kainnya? Oh ya, dia kan perkerja Stuart.

Tapi masih banyak masalah yang bermain dimindanya. Lelaki itu terlalu menjaga sangat. Dia tahu dia buat apa maka tak perlu beritahu mana salah mana betul. Dia masih waras dan menjaga batas diri dia. Tak tersungkur ke mana-mana.

Tapi.

"Never get to to close to other man!" Apa maksud lelaki itu? Salah ke? Kenapa tak boleh? Cara lelaki itu cakap macam cemburu. Cemburu dengan kerapatan dia dngan Eiyad. Rapatlah sangat kerana mereka baru kenal hari ini. Tiada masa untuk bermain mata agar jatuh ke hati. Tak ada.

Dia perlu hubungi kawan baiknya dengan segera. Dia mula rindu Haziqah walaupun baru sehari tidak jumpa. Tangan laju mencapai telefon pejabat di atas meja lalu jari telunjuk menekan punat nombor, mendial nombor Haziqah.

"Assalamulaikum." Robin memberi salam terlebih dahulu selepas mengetahui talian mereka Bersambung.

"Waalaikumussalam. Wei! Kau pergi mana? Aku dah takda kawan dah ni." Rungut Haziqah di hujung talian, terselit nada cemasnya. Robin tersengih.

"Aku kena pindah lah. Jadi Personal Assistant di syarikat Chief Executive Officer dari Itali yang kau suka sangat tu," Terang Robin ringkas.

"Seriuslah? Kau jadi P.A dia!? Seronoknya." Robin menjarakkan telefonnya dari telinga saat Haziqah menjerit.

"Ya dan kalau terkejut pun jangan lah menjerit. Sakit telinga aku." Kedengaran Haziqah gelak besar dihujung talian.

"Aku tak rasa seronok. Sebab dah tak dapat lunch dengan kau lagi, Azek." Suara Robin mula berubah kendur. Haziqah tersenyum lebar di sana.

"Aweee..So sweet. Tak apa tak apa. Nanti hujung minggu kita keluarlah. Makan-makan nak?" Cadang Haziqah cuba menceriakan hari kawan baiknya.

Mata Robin bersinar.

"Keluar? Mestilah nak." Robin ketawa kecil.

"Settled. Dah lah, Robin. Aku nak tutup ni. Takut Dato' nampak aku berborak dengan kau. Nanti dia kata makan gaji buta pulak."

"Ha. Ye lah. Aku faham. Kalau macam tu bye. Assalamulaikum." Robin mengakhirinya dengan salam.

"Waalaikumussalam."

Maka talian mereka diputuskan oleh Haziqah. Rindu nak berbual rancak dengan kawan baiknya seorang tu. Robin meletakkan semula telefon pejabat itu lalu menyambung kerja failnya.

Gonna be long day.

Bersambung.

Hi! Semua sihat? Hurmm awak semua rasa dia orang akan jatuh cinta ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience