PANTAS langkahku mengikut jejak langkahnya. Malu tak usah dikata. Lelaki itu cuma berdiam biasa sahaja. Lelaki ni semua memang hati batu ke? Dan lelaki ini semua kaki perempuan ke? Melalut pula.
Sedar tak sedar. Sudah sampai di tingkat paling atas dimana tingkat pejabatnya terletak. Aku sebagai personal assistant hanya berkhidmat untuk membantunya selama 4 bulan sahaja.
"Young lady? Come in."
Tersentak aku dibuatnya.
Aku memandang ke arah dia. Kelihatan dia sedang membuka pintu dan dia mempamit ku dahulu. Mukanya masih tak beriak.
Aku macam ragu ragu pulak nak lalu depan dia. Bukan apa... cuma... cuma... cuma malu. Ingat perkara tadi tidak boleh dilupakan. Apalah riaksi dia apabila melihat wajah aku tadi. Mesti burukkan...
"Young lady, do you want me to make you come in?" Dengan pantas aku menggeleng apabila menerima katanya. Aku bergerak melintasi di hadapannya dan masuk ke dalam ruang koridor pejabat melalui pintu kecemasan. Semasa melintasi depan dia, sempat dia membuat muka 'Kan senang kalau macam ni.'
Aku berhenti ditengah-tengah koridor yang memisahkan ruang antara meja kerja aku dengan meja si dia. Aku pusing ke belakang, mahu berterima kasih padanya. Baru sahaja mulutku bergerak mahu mengucap terima kasih, dia terus berlalu pergi.
Dapatku rasakan dahiku berkerut. Sombongnya. Aku mengangkat bahu malas memikir.
Aku bergerak ke arah meja dan membuat kerja yang diberi pada pagi tadi. Baru sahaja aku mahu melabuhkan punggung aku dikerusi, kepala terasa seperti dicucuk tajam. Pening. Sakit sangat. Tak pernah rasa lagi sakit sekuat ini.
Aku jatuh terduduk ditepi meja. Tangan masih gagah memegang bucu meja cuba untuk bangun namun lain yang terjadi. Aku terduduk semula. Sakit dikepala makin bertambah.
Telekom diatas meja mengeluarkan bunyi seorang dan mengeluarkan tanda hijau menandakan bahawa ada orang bersuara. Dia tak boleh bangun. Dia sudah cuba berkali kali namun gagal.
Maaf!
******
SEORANG wanita yang menawan menjejak kaki masuk kedalam ke bangunan tersebut. Baju yang mengikut tubuh badannya menambahkan lagi kecantikannya.Rambut yang anggun berwarna dark green. Spek mata hitam diturunkan sedikit.
Langkah yang cekap dan handal sebijik seperti model professional. Orang yang berada disekelilingnya juga terpegun. Perempuan cemburu manakala lelaki ternganga. Indah sungguh ciptaan tuhan.
"Selamat datang, Cik Rose," Sapa Diana mesra selaku menjadi kaunter penyataan kepada wanita tersebut sebaik sahaja wanita berhenti dihadapannya. Wanita itu terus melemparkan senyuman manis.
"Stuart ada tak?" Tanya Rose sungguh.
Ceria gamaknya apabila dapat jumpa kesayangan. Dania tergelak kecil melihat gelagat kekasih bosnya itu. Siapa tak kenal dengan anak jutawan, Evelyn Rose. Orangnya agak peramah dan tak sombong.
"Kejap ya? Saya tanya P.A dia." Rose mengangguk kecil. Senyuman masih terukir dibibirnya.
Melihat kerutan di dahi Dania, mengundang rasa gundah di dalam diri Rose. Janganlah ada yang menghalang. Cepat-cepat dia bertanya pada Dania.
"Kenapa Dania?" Soal Rose prihatin.
"P.A dia tak jawab telekom saya. Macam mana nak tahu bos ada dalam bilik ke tak kalau macam ni." Dania bercuba berkali-kali namun sia-sia sahaja.
"Takpe saya pergi tengok sendiri. Terima kasih, Dania," Terus Rose meninggalkan Dania yang terpinga-pinga. Langkahnya menekan punat button lif.
Dania menggeling sambil tersengih melihat Rose.
Sampai aje ditingkat atas sekali, pintu lif terbuka. Kaki melangkah keluar dari kotak lif. Kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Masih jauh lagi perjalanannya pergi ke ruang pejabat Stuart.
It take 30 seconds nak sampai ke bilik Stuart. Tambahan pula dia menggunakan lif belah belakang memang jauh sikit perjalanannya.
Tanpa melengahkan masa, laju langkahnya menuju ke bilik Stuart. Pusing pusing jalan punya jalan, akhirnya sampai. Dia berhenti apabila melihat seorang gadis yang terduduk dilantai sambil raut wajah gadis itu seperti menahan sakit?
"Awak!" Terus dia menerpa gadis tudung itu. Mukanya cemas dan risau.
"T-tolong saya..." Kata gadis itu sambil tangan kanan itu memegang kepala. Berpeluh mukanya juga tangannya.
"Wait!" Kata Rose pada gadis itu.
"Stuart!" Bergema jeritan Rose ditingkat tersebut. Dia tahu kalau dia jerit slow, confirm lelaki itu tak akan dengar sebab pintu pejabat lelakinya kalis bunyi tetapi masih boleh menerima bunyi.
Masih tiada tanda bahawa lelaki itu akan keluar. Dia mendengus geram. Bukannya dia tak tahu lelaki itu tak suka berjumpa dengannya.Tetapi sekarang ni bukan masanya untuk tak layan.
Terus dia bangun lalu membuka pintu bilik Stuart ganas. Kelihatan jejaka itu sungguh tenang sambil tangannya ralit menekan papan kekunci manakala matanya tak lepas memandang skrin komputer.
"You! You tahu tak I panggil you. You buat tak dengar." Turun Naik dadanya menahan geram. Stuart mengerling sekilas kearahnya.
"Nak apa?" Tanya Stuart dingin. Pelik apabila 'kekasih'nya itu marah-marah. Selalunya ceria, tak pernah marah pula tetapi kali ini lain sedikit.
"You tahu tak! You punya P.A tu terbaring dekat tepi meja tengah sakit? You boleh buat tak layan pulak!" Tempik Rose. Geram akan Stuart.
Tangan Stuart yang menaip di papan kekunci terhenti.
"Mana dia sekarang?" Raut muka Stuart berubah risau. Dia berdiri.
"Apa bengap sangat you ni, kan I kata dekat meja." Geram didada masih belum beransur. Orang tu dah lah tengah sakit. Sengaja nak lambatkan. Agaknya kerja lagi dipenting.
Duit boleh dicari, nyawa tak boleh dicari. Tetapi Rose perasan sesuatu yang pelik pada Stuart. Risau. Lelaki itu risau buat kali dalam hidupnya. Lelaki itu tak pernah risau padanya.
Terus Stuart berlari keluar dari pejabat lalu mencari si gadis dimeja yang dikatakan Rose.
"Robin? Are you okay?" Tanya Stuart. Raut wajahnya risau sangat.
*****
Aku senyum kecil melihat bos aku berada dihadapanku. Aku cuba berdiri namun dia halang. Aku menggeleng lalu cuba bangun tetapi aku jatuh.
"Pergi klinik," Arah Stuart, tegas.
Aku menggeleng sekali lagi. Kalau pergi klinik nanti dia tahu aku ni ada penyakit. Laju idea bernas terlintas di dalam kepala. Aku akan menyuruh doktor itu menyimpan rahsia.
Aku mengangguk. Dia menghembus nafas lega. Dia mahu cuba bantu aku tetapi pantas aku melarang. Aku melarangnya kerana dia mahu menyentuh tanganku.
Walaupun dia tak bersalah tetap aku tak selesa.
"Touching is forbidden." Aku berkata perlahan.
Dia mengangguk faham. Rose faham denganku terus membantu aku bangun. Stuart turut bantu dengan mengangkat lengan baju ku. Kalau macam tu baik tak payah tolong.
"Bring her to my car." Arah Stuart.
Rose mengangguk.
Aku berdiam diri. Dia pergi masuk ke dalam pejabat lalu keluar bersama kunci kereta ditangan, dapatku lihat dari ekor mata. Mataku mula kabur. Aku mendengar seorang menjerit namaku sebelum pandanganku mula gelap.
Bersambung.
??????????? ??????? ???????????? ???? ???????????????? ???????? ?????????? ???????? ?????????? ? ????????? ????????????
(Allahumma inni a'uuzubika min jahdil bala'. Wa darkish shaqa'. Wa suu il qadhaa'. Wa shamaamatil a'daa'.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
- Sahih Bukhari
bla bla bal
Share this novel