PERLAHAN- LAHAN mataku terbuka. Siling berwarna putih menjadi santapan pemandanganku. Aku tahu sekarang ni dekat mana. Aku cuba bangun namun ada yang lebih pantas membantuku. Aku mendongak. Stuart. Badanku disandarkan di kepala katil. Rasa pening kepala beransur pulih.
Baru sahaja mahu membuka mulut, terus dia menghulur segelas air kosong. Aku memandang dia dan gelas itu bergilir gilir. Apa?
"Minum," Arahnya ringkas.
Aku mengangguk lalu menyambut gelas yang diberi. Air itu diteguk sedikit. Selepas minum aku meletakkan semula gelas di atas meja bersebelahan dengan katil hospital.
"Doktor mana?" Soal aku. Mahu berjumpa dengan doktor untuk tidak membuka isu penyakitku dan menukarkannya kepada isu lain? Mungkin macam tak cukup makan?
"Sakit apa?" Dia tak menjawab soalan aku malah dia bertanya aku. Dia tahu bahawa aku mahu mengelak daripadanya daripada bersoal tentang isu penyakit.
"Tak cukup makan kut. Saya tak sakit. Saya mungkin cuma kurang zat dalam badan," Bohongku yakin bagi mengelakkan rasa curiga dia terhadap aku.
"Liar." Sejurus itu terus dia keluar daripada wad ini.
Aku tak dengar apa yang dia cakapkan tadi. Dia nak pergi mana tu? Jangan cakap dia berjumpa dengan doktor sudah. Lunyai aku kalau dia tahu tetapi dia punya kelakuan membuatkan aku keliru. Kenapa dia beria sangat?
Tak sampai setengah minit, pintu wad bilik aku dikuak dari luar. Terserlah wajah Stuart dan doktor.
Alamak... Dia ada cakap apa apa ke?
Doktor itu terus memeriksa keadaan aku dan doktor itu mengangguk sedikit. Sekelip mata dahi doktor itu berkerut sekejap apabila memandang kad pemeriksaan aku. Doktor itu terus memandangku. Belum sempat doktor itu membuka mulut, aku membuat isyarat diam. Dia akur.
"Encik boleh tunggu luar sekejap tak?" Pinta aku sambil melihat Stuart yang berada di belakang doktor dan mungkin dia tidak nampak apa yang aku bercakap dengan doktor itu. Dia memandang lama kearah aku.
Aku menayang muka mesra.
Dia terus keluar.
Sebaik sahaja dia keluar terus aku menghela nafas lega. Aku alihkan pandangan aku pada doktor yang sedang memeriksa air.
"Doktor macam mana keadaan saya?" Tanyaku selepas melihat doktor itu memeriksa air.
"Sebelum ni awak mengalami migrain bukan?" Laju aku mengangguk.
"Awak makan ubat yang hospital bagi tak?" Aku teragak-agak untuk menggeleng. Melihat riaksi aku, doktor itu menghela nafas berat.
Aku memang tak suka makan ubat. Jadi aku makan sahaja benda benda yang berkhasiat dan berkaitan dengan migrain. Hendak mengurangkan penyakit migrain dengan menggunakan makanan semula jadi.
"Macam nilah. Awak disahkan menghidapi penyakit brain tumor tahap satu." Selepas mendengar ayat tersebut. Muka terasa dihimpap benda berat. Otakku bagai berhenti berfungsi.
Blank.
Nak pitam...
Penyakit brain tumor...
Tahap satu...
"A-apa doktor?" Berita terkejut membuatkan aku terkelu.
"Awak menghidapi penyakit brain tumor tahap satu." Doktor itu mengulang semula ayat yang dikatakan dengan lebih jelas dan nyata.
KATA- KATA doktor tadi terngiang ngiang di dalam kepala aku.
Selesai sahaja membuat bayaran bil, terus aku keluar dari hospital dan mengikut jejak Stuart menuju ke tempat letak kereta lalu meloloskan diri ke seat belakang. Membiarkan wanita yang menolongnya tadi bersebelahan dengan Stuart.
Aku terkedu dengan penjalasan doktor. Terbit perasaan kesal dalam hati. Kesal sebab tak makan ubat yang hospital bagi. Aku ingat penyakit hanya ringan sahaja. Doktor dah bagi tahu penyakit migraine tak boleh bawa main.
Aku mengeluh perlahan. Sangat perlahan.
Nasib baik ada cara untuk sembuh daripada penyakit ini. Dengan cara, makan ubat ikut waktu yang ditetapkan. Aku benci ubat. Pahit. Tetapi benda pahit itulah yang menyembuhkan penyakit aku. Aku tak bergantung sangat pada ubat. Aku bergantung kepada Allah. Cuma Allah yang izinkan aku bebas dari penyakit ataupun tidak.
Aku serah kepada-Mu, Ya Allah.
Malas memikir, aku dengan tidak sengaja terhentakkan kepalaku kuat pada cermin tingkap. Aku mengaduh kecil lantas tangan naik menggosok bahagian yang sakit. Niat aku nak sandarkan kepala tetapi lain pulak yang terjadi.
"Awak? Awak okey?" Wanita itu bertanya. Wajah risau dipamerkan melalui pantulan cermin.
"Saya okey. Cuma terhantuk dekat cermin," Balasku. Seketika aku melihat wajah wanita itu dengan Stuart seakan sebersalah.
Yang aku musykil sekarang ni kepala aku sakit terhantuk dekat cermin tu bukan kerana terhantuk tetapi benda lain. Tangan cuba mencari tempat yang sakit. Terasa sedikit bonjolan disitu.
Aik? Baru terhantuk sedikit tak akan lah dah benjol.
"Semua ni salah awak. Tengok kesian dia. Habis benjol kepala dia. Tadi saya suruh hati hati, awak terburu-buru sangat kenapa?" Wanita itu bebel kepada Stuart secara tiba tiba.
Benjol? Hati-hati? Apa ni?
"Maaf menyampuk tetapi kenapa ya? Kenapa saya benjol?" Aku terpinga pinga. Kenapa? Macam mana wanita itu tahu?
"Maaf. Sebab saya awak benjol." Wanita itu meminta maaf. Stuart hanya menayang muka kosongnya.
"Macam mana saya benjol ya?" Soalku. Aku betul betul nak tahu.
Wanita itu mengeluh sebelum bercerita.
Robin yang terbaring di atas lantai diangkat oleh Rose dengan tangan dililitkan di pinggang si gadis supaya tidak terjatuh manakala lagi sebelah tangan si gadis di naikkan diletakkan di atas bahunya. Berkerut dahi Rose. Dia tak boleh menapung berat si gadis. Mata menoleh ke arah Stuart.
"Stuart, you tolong angkatkan dia boleh? I tak larat nak angkatkan dia. " Rayu Rose. Dia memang tak larat nak angkat.
"Hati hati." Sempat Rose pesan pada Stuart.
Stuart mengangguk lalu mengangkat tubuh Robin secara bridal style. Dia memandang Rose sekilas dengan riak tak percaya sebelum langkahnya menuju ke lif belakang, yang lebih jauh dari office. Ringan aje.
Sememangnya dia tahu lif belakang boleh digunakan cuma dia suka apabila berada dengan gadis genit itu.
Rose membututi langkah Stuart. Berhenti sahaja didepan lif, terus tangan menekan punat ke bawah.
Ting!
Pintu lif terbuka.
Secara tidak sengaja kepala Robin yang berada di dalam dukungan Stuart terhantuk pada pintu lif semasa memasuki ke dalam lif. Semuanya disebabkan Stuart yang terburu buru masuk ke dalam lif.
"You! Kesian dia. Bawak tu elok elok lah sikit." Marah Rose apabila si kepala gadis terhantuk pada pintu lif. Nak ketawa tak jadi.
Stuart seakan tidak bersalah. Mukanya seperti menahan ketawa namun sepantas kilat dia mengawal wajah kepada yang beku.
"Shut up. You being so noisy." Kata Stuart dingin. Salah Robin juga. Siapa suruh badan panjang sangat.
Rose merengus geram.
"Kalau benjol kepala dia. You yang akan bertanggung jawab." Kata Rose.
Aku mengangguk. Tragedis sekali. Patutlah kepala aku sakit masa terhentak dekat cermin kereta.
"Terima kasih pada awak berdua." Aku mengucap terima kasih sebab tolong angkatkan dia.
"Jangan terima kasih kepada orang yang telah cederakan awak." Kata wanita itu. Dapat aku lihat wanita itu mengerling sekilas pada Stuart yang kelihatan tenang.
Lihat mereka berdua, aku tergelak kecil. Mereka nampak sepadan apabila bersama.
"Kenapa gelak?" Tanya Stuart setelah lama berdiam diri. Dia merenung aku daripada pantulan cermin kereta. Aku membalas renungan Stuart daripada lantunan cermin yang tergantung di atap dalam kereta. Pantas aku kalih pandangan daripada Stuart.
"Takdelah. Awak berdua nampak sepadan," Jawabku. Jujur.
Mereka nampak tergamam dengan jawapanku. Suasana bertukar hening.
"Oh ya. Cik ni nama siapa?" Cepat cepat aku mengubah topik apabila terasa suasana sedikit hening antara mereka berdua.
"Saya Rose. Evelyn Rose. Girlfriend kepada bos tak guna awak ni." Katanya mesra.
Aku tersentak.
"Girlfriend?"
Bersambung.
Girlfriend?
Share this novel