AKU melangkah keluar daripada surau dengan kaki kiri sambil membaca doa keluar masjid. Rasa tenang sedikit. Aku tersenyum apabila mata tertangkap pada sebuah kereta berwarna hitam dipakirkan di pam angin. Alhamdulillah tak kena tinggal lagi.
Kakiku berjalan menuju ke arah kereta hitam tersebut. Orang yang lalu lalang aku melemparkan senyuman manis. Senyuman yang ikhlas mampu membuat hati seseorang berasa tenang.
Sampai sahaja dihadapan muncung kereta hitam bosku, aku memerhati mereka berdua dalam diam sehingga aku sampai ke pintu seat belakang. Kenapa mereka nampak tidak mesra? Hayalan aku aje kot.
Terus aku meloloskan diri ke dalam kereta.
"Terima kasih encik dan Cik Rose sebab tunggu saya. Mesti lamakan?" Aku rasa bersalah sebab aku tidak menepati masa, angkara tudung lah salah satu sebabnya kenapa keluar lambat. Kalau awning tudungnya tidak buat hal dah lama dah siap.
"You're two minutes late."
Stuart menjeling aku sekilas. Aku tunduk memandang kaki. Memang salah aku.
Jadi kalau dia nak marah dia berhak. Lagipun ni kan kereta dia. Aku mendongak semula memandang dia. Dia merenung aku seketika sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan.
Kenapa? Ada taik mata ke?
Laju aku meraba mukaku untuk menghilangkan kekotoran yang ada pada mata aku mungkin?
"Eh! Jangan risau. Kami berdua okey sahaja. Stuart dia memang macam itu. Yang tak salah pun dimarah. Lagipun hal kecil aje pun. Lambat dua minit. Takda hal dan jangan panggil saya cik Robin. Dengar macam saya tua sangat," bantah Rose bagi menyedapkan hati aku. Aku tergelak kecil mendengar celotehnya.
"Terima kasih, Rose." Aku belajar memanggilnya. Kadang- kadang susah sedikit nak biasakan diri untuk memanggil nama seseorang tanpa menggunakan cik, encik ataupun pangkat sebab mereka yang suruh jadi dia pun menurutkan sahaja.
"Benda kecil," Jawab Rose selamba.
"Hah you? You kenapa tak jalan lagi? Sibuk tilik anak dara orang ke?" Tegur Rose apabila melihat Stuart diam tak terkutik. Sengaja dia berkata begitu.
Nak kenakan 'boyfriend' sekali sakala tak salah kan.
Stuart memandang Rose sekilas sebelum bergerak keluar dari kawasan petronas tersebut. Dalam perjalanan pergi ke company Stuart, suasana di dalam kereta hanya sunyi sepi. Radio tidak dibuka. Aku mula berasa bosan. Boleh tak nak busybody sekejap?
"Rose, awak kacukan ke?" Aku menghilangkan suasana yang agak janggal dengan menanyakan soalan kepada Rose.
"How did you know?" Soalnya hairan.
"Your face tell everything," balasku. Mukanya seperti kacukan US dan sedikit dari negara lain.
"My mom American and my dad Italian." Terangnya.
"No wonder..." Gumam aku perlahan.
Aku yang perempuan ni pun terepegun dengan kecantikkan dia. Pandai dia jaga kulit tetapi itulah. Makeup.. Dia nampak cantik tanpa makeup sebab dia natural beauty.
Sejujurnya aku sebagai perempuan, bahawasanya aku malas ber-make over. Tak pernah terlintas dalam kepala untuk mencalit muka dengan barang solekan.
"Robin. Awak guna makeup ke?" Soalan Rose mematikan lamunanku kembali ke dunia nyata.
"Tak. Saya tak reti guna." Jawabku. Jujur.
"Hmm... Muka awak nampak macam memakai makeup. Kulit putih awak nampak merah merah. Like you apply blusher pink on your cheeks. Awak cantik " pujinya.
Aku tertunduk malu. Segan.
"Terima kasih. Mungkin saya mewarisi keturunan saya. Moyang saya dia ada kulit putih kemerah-merahan." Mak pernah beritahu pada aku bahawa hanya aku satu satunya cicit moyang yang mewarisi kulit ibu kepada nenek aku. Jadi aku bertuah.
"Awak ada keturunan lain selain keturunan orang melayu?" Soal Rose lagi. Bagus juga dia tanya aku soalan. Sekurang kurangnya boleh hilang rasa bosan.
"Ada... Saya keturunan orang belah Sarawak sana macam Iban, Bidayu..." Jadi tak pelik jika nama aku Neny Robin. Sebab orang Sabah dan Sarawak selalunya letak nama yang unik dan cantik. Aku pun salah satunya, bukan nak bangga tetapi fakta.
"Tak peliklah kalau nama awak Neny Robin." Jawabnya.
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
***
SETIAP fail di atas meja, aku menyemak dengan teliti dan membuat analisis tentang perniagaan syarikat El Meriache dengan khusyuk. Boleh dikatakan agak susah sebab sebelum ni aku hanya membuat salinan kertas dan banyak lagi.
Yang membuat analisis pun ada buat juga. Cuma dah lama tak buat, jadi macam kekok dan blur.
Semasa sampai di sini petang tadi, aku terus membuat kerja aku sendiri dan Rose dan Stuart menghilangkan diri ke dalam pejabatnya.
Terbit rasa cemburu dalam diri aku. Untung Rose dia dapat lelaki yang dari Italy. Rose pun dari Italy. Sesuai lah tu. Aku cemburu sebab aku tak dapat lelaki yang paling aku idamankan iaitu lelaki Italy.
Aku memilih lelaki Italy kerana bahasa mereka yang romantik membuatkan sesetengah hati para wanita cair. Cakap tentang hal ini pun dah cair.
Sedar tak sedar, matahari pun sudah terbenam. Aku meregangkan badan sedikit. Lenguh leher. Siap pun. Mata tertancap pada jam yang terletak di tepi meja.
Pukul lapan lima puluh minit malam. Lagi sepuluh minit maka tepatlah pukul sembilan malam. Masih awal lagi. Aku teringin nak makan aiskrim Magnum sekarang ini.
Fail-fail di atas meja tadi aku susun. Handbag aku capai. Aku berdiri dan mengambil fail-fail yang disusun sebentar tadi lalu membawa ke masuk ke dalam bilik encik bos selepas mendapat kebenaran untuk masuk ke dalam biliknya.
Aku meletakkan fail di atas meja. Mata aku melilau sekilas, mencari kelibat Rose.
Aik?
Takda?
Dah balik agaknya.
"Encik? Saya balik dulu." Aku menundukkan sedikit badan. Dia merenung aku seketika. Memang routine dia ke tenung orang? Aku memusingkan badan. Baru sahaja hendak berjalan.
"Wait..." panggilannya membuatkan aku berhenti daripada bergerak.
Aku menoleh semula ke arah encik bos.
"Kenapa, encik?" Soalku. Jangan cakap dia nak bagi kerja lagi. Aku nak balik nak rehat. Sakit kepala.
"Saya hantar awak balik." arahnya. Dia berdiri dan memakai suit jaket yang tergantung di belakang kerusinya.
Cepat cepat aku menahan.
"Eh eh, encik tak apa lah. Saya naik grab aje. Lagipun nanti saya nak singgah ke sesuatu tempat." Terang aku. Aku bukan apa. Aku cuma kesiankan dia. Petang tadi dah memandu dengan masa yang lama. Takkan nak hantar aku balik rumah pulak. Baik dia pergi balik rumah dia terus, boleh berehat.
"I follow you." Stuart tidak mendengar penjelasan Robin malah dia semakin nak ikut pergerakan Robin. Entah kenapla, Stuart berasa mahu menjaga keselamatan Robin.
Dia... dia...
Entah.
Aku mengeluh. Orang kata tak payah, tak payahlah. Degil!
Aku membuntuti langkahnya. Sampai sahaja di keretanya aku terus masuk ke dalam perut kereta. Dia hanya diam. Kereta Stuart meluncur laju keluar daripada pekarangan kawasan syarikat itu.
Suasana di dalam kereta seperti biasa. Sunyi sepi. Bosan orang sebelah ni. Diam dua puluh empat jam.
"Rumah mana?" Tanyanya setelah lama berdiam diri.
Kepalaku menoleh ke kanan memandang Stuart.
"Jauh lagi," gurauku.
"Rumah dimana, Cik Robin?" Soal Stuart. Sengaja dia menyindirku.
Stuart meraup rambut yang terjuntai di dahi kebelakang. Dan pergerakan tersebut telah diperhatikan oleh aku. Aku. Dia handsome.
Setuju walaupun dia nak terus membantah fikirannya. Aku menilik wajah Stuart. Dahi luas mesti pandai. Hidung mancung. Kulit tanned. Cantik lengkuk bibir dia.
"Done checking me?" Tanyanya. Matanya memandang aku sekilas.
Cepat cepat aku memandang ke hadapan. Kenapa pipi terasa panas ni? Aduh. Pipi jangan buat hal. Macam mana boleh ter-off guard ni. Patutnya aku tak payah pandang dia.
"Your red cheeks look cute." ujarnya bersahaja. Stuart tersenyum nipis melihat si gadis malu untuk melihatnya semula.
Wajahku terasa hangat, sukar mahu bernafas. Ya Allah, tolong kembalikan warna kulit aku kepada yang asal. Aku diusik dengan bos sendiri.
Berhenti buat jantung aku meletup!
Bersambung.
Tada.
Share this novel