Chapter 8

Mystery & Detective Completed 7108

?Bab 8

“Betul ni, Fahat?”

“Betul apa?”

“Betul kau tak tahu apa-apa pasal hantu sebelah sekolah?” Kening terangkat.

Kepalaku diangguk. Bibir mengulum senyuman.

Untuk selamanya, biar dia jadi misteri.

*****

Lelaki itu khusyuk menjamah nasi lemak yang aku bawa.

“Tadi kat sekolah kawan saya tanya pasal awak,” kataku sambil memerhati lelaki itu makan.

“Dia cakap apa?”

“Kau tak ada apa-apa maklumat pasal hantu sebelah sekolah ni?” Aku mengulang kembali ayat Mary.

“Kau cakap apa?”

“Tak cakap apa-apa.”

“Kenapa?”

“Untuk selamanya, biar awak jadi misteri.”

Kau cemburu ke, Tuffahati? Tapi memang dia nak jadi misteri pun.
“Nama kau siapa?”

Sekarang baru nak tanya ke? Hehehe. Aku pun sama. Sampai sekarang pun belum tahu nama dia.

“Tuffahati.”

Dia angguk. Matanya tidak lepas daripada memandang bekas nasi lemak. Cakap pun tak tengok muka aku.

Sejak aku bawa dia ke belakang rumah, dia asyik nak duduk belakang rumah. Tengok bukit, tengok langit. Pandang burung pulang petang. Dengar aku berceloteh. Ejek aku sesuka hati. Namun dia tetap menjadi misteri kepada orang lain.

Tapi dia hanya ke belakang rumah. Tidak pernah jauh dari sini.

“Tuffahati, kau tolong tunjukkan jalan ke rumah kau nanti.”

“Awak dah berani nak keluar rumah ni?”

Dia angguk. Pandangan kami berlaga sebelum aku melarikan pandangan.

Alhamdullilah. Dia akhirnya punya kekuatan untuk meninggalkan rumah ini.

O… key. Dia suruh tunjukkan jalan ke rumah aku.

“Kenapa nak tahu jalan ke rumah saya?” soalku hairan.

“Nak masuk minang. Nanti kalau lelaki nama Hud Hazrain masuk minang kau, jangan terkejut pulak.”

Hud Hazrain. Sedap punya nama tapi orang panggil hantu sebelah sekolah. Muahaha. Kesian mamat ni.

“O… key. Masuk minang. Huh? Masuk minang?”

Dia mengulum senyuman.

“Tuffahati, untuk selamanya kita bernafas, biar lelaki misteri ini menyayangimu dan menjadi suamimu. Biar rasa sayang yang lahir dalam diri kita berdua menjadi sah dengan ikatan perkahwinan.”
Kami sama-sama pandang langit.

“Tak. Saya takkan terkejut kalau lelaki nama Hud Hazrain masuk minang.”

Hud Hazrain, untuk selamanya kita bernafas, biar wanita degil ini menyayangimu dan menjadi isterimu. Akan diri ini biarkan rasa sayang yang lahir dalam diri kita berdua menjadi sah dengan ikatan perkahwinan.

“Tapi nanti mesti orang terkejut kan kalau tahu pasal kita. Mesti orang akan tertanya-tanya pasal kita. Mesti orang akan tanya dekat saya macam mana kita boleh bertemu.”

Dia geleng kepala.

“Tak payah beritahu.”

Aku tengok dia dan dia tengok aku.

“Untuk selamanya, biar kisah kita jadi misteri.” Serentak kami menuturkan kata.

Ya. Untuk selamanya, biar kisah kami jadi misteri.

THE END : is the beginning of their bittersweet stories.

***Tamat***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience