Chapter 4

Mystery & Detective Completed 7108

Bab 4

“Rupa aku ada ke macam hantu? Rupa aku ada ke macam manusia?”
Huh? Kenapa ayat dia macam dia ni bukan manusia atau hantu? Takkan dia ni vampire yang kacak macam Edward Cullen pulak.
Hahaha.

“Rupa awak adalah sipi-sipi rupa manusia dan banyak peratus macam hantu,” cakapku telus.

Matanya membuntang.

“Macam hantu kau cakap?” Dia berang.

“A’ah. Atau awak ni manusia sebenarnya?”

“Tak. Aku memang hantu dan aku suka makan budak perempuan macam kau. Hahaha.”

Erk.

Sekali lagi aku menapak ke belakang. Dia tengok aku dan senyum sinis.

“Better kau berambus sebelum aku makan kau.”

Aku mula mengatur langkah pergi namun laungannya menghentikan langkahku. Mataku jatuh pada wajah pucat itu. Wajah yang hampir tidak dapat aku lihat dengan jelas kerana terlalu gelap. Yang kudengar dengan jelas hanyalah suaranya.

“Esok kau datang sini bawak nasi ayam. Faham?”

Dan entah kenapa, aku mengangguk tanda setuju.

“Dah. Balik. Kedatangan kau ni buat menyemak rumah aku je.”
Langkah kembali diatur.

“Sebelum aku terlupa, aku nak beritahu yang aku takkan makan kau sebab kau tak lawa. Hahaha.”

What?

Aku kembali berpaling untuk memarahinya. Dan… lelaki itu hilang. Yang dengar hanyalah tawanya. Bulu romaku meremang. Kedengaran sayup-sayup azan Maghrib berkumandang. Aku pandang kiri dan kanan sebelum berlari keluar.

Dan ada satu persoalan yang singgah di mindaku. Diakah anak lelaki yang Mary ceritakan siang tadi?

Bungkusan nasi ayam aku serahkan kepadanya. Dia mengukir senyuman manis. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia gembira. Lelaki itu duduk di atas meja makan dan membuka bungkusan nasi ayam. Sudu dikeluarkan daripada kocek seluarnya. Aku terlopong. Dahiku berkerut. Dia makan tanpa memandang diriku.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa yang masih dilitupi kain putih. Mataku meliar memandang sekeliling ruang tamu dan pandanganku berhenti pada sekeping gambar. Lelaki itu sedang mencium pipi seorang lelaki dan seorang wanita yang berusia awal 50-an.
Dialah lelaki yang Mary ceritakan.

Adakah dia memang benar-benar mati?

“Kenyang pun.”

Aku kembali melihat lelaki itu.

“Sedap nasi ayam yang kau beli. Sebenarnya dah lama aku teringin nak makan nasi ayam dan kau telah memenuhi impian aku. I love you lah.”

Aku tersedak.

Dia melompat turun. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek slack. Lelaki itu melabuhkan punggung di hadapanku.

“Nanti kalau datang bawak lagi tau nasi ayam tu. Sedap. Berapa ringgit eh?”

“Saya buat sendiri nasi ayam tu maka nasi ayam tu percuma.”

“Kau memang pandai masak eh?”

“Tak sangat. Biasa-biasa je.”

Dia angguk.

Nafasku dihela panjang.

“Awak bukan hantu kan?”

“Aku manusia. Macam kau. Macam orang lain,” tuturnya sebelum berbaring di atas sofa.

Buruk punya perangai. Ada ke patut lepas makan terus baring?

…bersambung
Bab akan datang:
Perasaan ingin tahuku mengenai lelaki tersebut semakin membuak-buak. Beranikah aku untuk bertanya mengenai misteri lelaki dan rumah tersebut yang menjadi buah mulut orang itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience